Anda di sini

Watt Zacchaeus pecah tradisi sebagai Iban pertama dipilih Presiden SJA

Advertisement
 Wong (tengah) mengetuai yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis.
SIMBOLIK: Wong (tengah) mengetuai yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis.

WATT Zacchaeus memecah tradisi sebagai kaum Iban pertama dipilih sebagai Presiden Persatuan Wartawan Sibu (SJA) sejak ditubuhkan 24 tahun yang lalu.

 Dalam pemilihan ahli jawatankuasa baharu SJA bagi penggal 2017/2018 pada 18 April lalu, Watt yang tidak dicabar telah diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding.

 Kelmarin Wartawan Utusan Borneo itu serta ahli jawatankuasa SJA yang lain mengangkat sumpah di hadapan Menteri Kewangan II merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Datuk Seri Wong Soon Koh dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Sibu.

 Turut diselitkan dalam aturcara program berkenaan ialah Majlis Mantar Gawai Dayak SJA 2017 yang menghimpunkan lebih 30 pengamal media di Sibu.

 Watt semasa berucap memberitahu akan berusaha memastikan kebajikan wartawan yang bernaung di bawah SJA sentiasa terbela.

 “Reputasi naik dan menurun kesatuan ini bergantung kepada presiden serta isu-isu yang dibangkitkan.

 Namun secara umumnya kesatuan ini sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan,” ujar beliau.

 Menurut Watt, beliau dan pegawainya juga sedang merangka beberapa pembaharuan bagi membolehkan SJA bergerak mencapai matlamat yang ditetapkan.

 Pelbagai aktviti diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung termasuk persembahan nyanyian dan tarian serta cabutan tiket bertuah.

 Sementara itu, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan mengumumkan memberi geran sebanyak RM10,000 kepada SJA.

 Hadir sama ialah calon berpotensi Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) bagi kerusi Parlimen Lanang Kelvin Kong dan Pengerusi Penganjur Ruth Ampong.

  • oleh
  • Advertisement