Anda di sini

10 pewaris generasi Al-Quran berentap di pentas Qari Jr

Advertisement
__alt__

SELEPAS kejayaan dalam musim yang lalu, program Qari Jr. 2017 kembali sekali lagi bagi mencari seorang qari muda yang bukan sahaja mempunyai asas kukuh dalam Al-Quran tetapi turut mampu bertarannum secara murattal dan mujawwad dengan gaya musabaqqah.

 Malah, mereka juga akan diuji dengan ilmu tajwid secara spontan.

 Qari Jr. 2017 dihoskan oleh Fakhrul Radhi, beliau pernah dinobatkan sebagai juara Akademi Al-Quran musim ke-3 dan berpengalaman luas sebagai Qari.

 Tahun ini, Fakhrul Radhi tidak berseorangan, beliau akan ditemani oleh Hazwani Helmi sebagai pengacara bersama.

 Gabungan mereka diharapkan dapat memantapkan lagi pentas Qari Jr. 2017 dan membantu adik-adik Qari Jr di atas mahupun di belakang pentas.

 Sepuluh orang peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Abdulllah Ibnu Mas’ud dan Abu Musa Al-Asyari.

 Ahli kumpulan Abdullah Ibnu Mas’ud ialah Qari Farid, Qari Hadif, Qari Harith, Qari Jiha, dan Qari Nafis manakala ahli bagi kumpulan Abu Musa Al-Asyari pula ialah Qari Affan, Qari Eka, Qari Ikhwan, Qari Fawwaz, dan Qari Haikal.

 Tema adalah berbeza pada setiap minggu dan antara yang menjadi pilihan sepanjang Qari Jr. 2017 bersiaran adalah Ilmu, Ibu Bapa, Akhlak, Sedekah, Alam Ciptaan Allah, Neraka, Syurga.

 Episod pertama telah pun bersiaran pada 21 Mei lalu.

 Untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara, jangan lupa saksikan Qari Jr. 2017 setiap Ahad, jam 10.00 malam di TV3.

Advertisement