Anda di sini

Yahya lancar bazar Ramadan FAMA 2017 di Asia City

Advertisement
 Yahya (dua kiri) melawat gerai-gerai yang terdapat di bazar Ramadan FAMA di Tapak Pasar Tani Kompleks Asia City, kelmarin.
PELBAGAI: Yahya (dua kiri) melawat gerai-gerai yang terdapat di bazar Ramadan FAMA di Tapak Pasar Tani Kompleks Asia City, kelmarin.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin melancarkan bazar Ramadan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2017 di Tapak Pasar Tani Kompleks Asia City, kelmarin.

Yahya berkata, bazar berkenaan adalah bagi memudahkan pelanggan mendapatkan juadah berbuka puasa dengan pelbagai jenis makanan yang dijual.

Hari ini (kelmarin) saya melancarkan bazar Ramadan di Asia City ini yang dianjurkan oleh FAMA Sabah.

Kira-kira 200 gerai peniaga yang berniaga pelbagai juadah berbuka puasa untuk orang ramai dan bukan sahaja untuk mereka yang beragama Islam tetapi kepada semua masyarakat termasuklah pelancong yang membeli- belah di sini,” katanya.

Beliau turut menyeru agar peniaga meletakkan harga jualan mereka pada kadar yang berpatutan.

Kita minta peniaga meletakkan harga berpatutan serta menjaga kebersihan sebaik mungkin supaya orang yang memakannya tidak terkena penyakit dan itu adalah yang paling utama.

Setakat ini, daripada harga yang ditawarkan di sini agak berpatutan dan sesuailah untuk orang ramai datang membeli belah di bazar Ramadan ini,” jelasnya.

Yahya menasihatkan kepada pembeli agar tidak melakukan pembaziran ketika berkunjung di bazar Ramadan.

Sementara itu pada majlis pelancaran berkenaan, FAMA  berkesempatan untuk memberikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Kesayangan Sembulan.

Selain daripada itu FAMA juga memberi sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Kesayangan seperti bantuan makanan, wang ringgit dan banyak lagi.

Ini adalah acara setiap tahun mereka untuk membantu atau beramat kepada anak-anak yatim ini,” katanya.

Advertisement