Anda di sini

Siasatan kes bunuh, polis tahan suspek utama

Advertisement
 Si mati ditemui orang awam di kawasan belukar Ladang Menggaris, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.
KES BUNUH: Si mati ditemui orang awam di kawasan belukar Ladang Menggaris, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing, suspek utama kes seorang lelaki yang ditetak dengan parang sehingga mati di Ladang Menggaris di sini, 26 Mei lepas.

 Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek, 42, berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan di ladang itu sebelum tangkapan semula dibuat oleh pihak polis.

Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki mengenai kes pergaduhan yang berlaku antara dua lelaki berpunca daripada cubaan mencabul seorang wanita.

Salah seorang lelaki dibawa ke Hospital Tawau kerana mengalami kecederaan parah untuk menerima rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.

Fadil berkata demikian di sini, kelmarin berhubung kes terbabit yang diklasifikasikan sebagai kes membunuh dengan niat dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menyerang si mati, 38, iaitu sebilah parang bersarung ukuran panjang kira-kira 12 inci.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perbuatan si mati yang menyerkup kepala anak saudara perempuan suspek, 17, dengan karung guni sebelum memeluk remaja terbabit.

Remaja perempuan itu berjaya melepaskan diri dan sempat melihat wajah penyerangnya ketika kejadian sebelum meminta tolong daripada bapa saudaranya iaitu suspek,” katanya.

 Suspek kemudiannya dikatakan mengejar si mati yang melarikan diri ke arah kawasan Ladang Menggaris sebelum berjaya ditangkap oleh suspek dan berlaku pergelutan.

 Beliau berkata, suspek disyaki bertindak agresif dengan menetak kaki si mati dengan parang sehingga menyebabkan si mati rebah dan tidak sedarkan diri.

Dalam pergelutan itu, suspek juga dipercayai dilibas dengan parang oleh si mati berdasarkan kesan koyakan baju dan calar di bahagian perut suspek,” katanya.

Advertisement