Anda di sini

Korea Utara menguji misil Scud

Advertisement
 Seorang wanita melintasi replika misil Scud-B Korea Utara (kiri) dan misil Nike Korea Selatan (kanan) yang dipamerkan di Tugu Perang Korea di Seoul, semalam. — Gambar AFP
UJI LAGI: Seorang wanita melintasi replika misil Scud-B Korea Utara (kiri) dan misil Nike Korea Selatan (kanan) yang dipamerkan di Tugu Perang Korea di Seoul, semalam. — Gambar AFP

SEOUL: Korea Utara menembak sekurang-kurangnya sebiji misil balistik jarak dekat semalam yang mendarat di laut luar pantai timurnya, yang terbaharu dalam satu siri ujian misil yang cepat dilakukan tanpa mengendahkan tekanan dunia dan ancaman bagi lebih banyak sekatan.

Misil itu dipercayai sebagai sebiji misil balistik kelas Scud  dan terbang sejauh kira-kira 450 kilometer, menurut pegawai Korea Selatan.

Korea Utara mempunyai satu timbunan stok besar bagi misil jarak dekat, dihasilkan pada asalnya oleh Soviet Union.

Pelancaran semalam selepas dua ujian yang berjaya untuk misil jarak sederhana dan jauh dalam masa beberapa minggu oleh Pyongyang, yang telah melakukan ujian sebegitu pada satu masa yang tidak dijangkakan  bagi satu usaha untuk menghasilkan sebiji misil balistik antara benua (ICBM) berkemampuan untuk menyerang tanah besar Amerika Syarikat.

Utara kemungkinan menunjukkan kesungguhan untuk mendesak penghasilan misil ketika berdepan tekanan antarabangsa dan bagi mendesak kerajaan Korea Selatan agar mengubah polisinya terhadap Utara, kata jurucakap Ketua Straf Bersatu Korea Selatan Roh Jae-cheon.

Ia merupakan ujian pelancaran misil balistik yang ketiga sejak Presiden liberal Korea Selatan Moon Jae-in memegang jawatannya pada 10 Mei berjanji untuk melibatkan negara terpencil itu dalam dialog.

Moon menyatakan sekatan sahaja gagal menyelesaikan ancaman program nuklear dan misil Utara yang semakin maju.

Misil tersebut telah mencapai altitud sejauh 120 kilometer, menurut Roh.

Rumah Putih menyatakan Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai pelancaran tersebut.

Pasukan Pasifik AS menyatakan ia telah mengesan satu misil balistik jarak dekat selama enam minit dan menilai ia tidak memberikan ancaman kepada Amerika Utara.

Jepun mengemukakan bantahan terhadap pelancaran misil terbaharu oleh Utara, yang mendarat di dalam zon ekonomi eksklusifnya.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menjanjikan tindakan bersama negara lain bagi menghalang provokasi Pyongyang.

“Seperti yang telah kita persetujui ketika G7 baru-baru ini, isu Korea Utara menjadi kepentingan utama masyarakat antarabangsa,” Abe memberitahu wartawan dalam kenyataan ringkas disiarkan dalam televisyen.

“Bekerjasama dengan Amerika Syarikat, kita akan mengambil tindakan spesifik bagi menghalang Korea Utara.”

Pentadbiran liberal baharu di Seoul menyatakan pelan-caran ujian yang berulang-ulang kali oleh Pyongyang telah memusnahkan harapan kedamaian di semenanjung Korea.

Moon segera menyeru mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, menurut pejabat Ketua Kakitangan Bersatu di Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Korea Utara telah melakukan satu ujian tembakan misil balistik pada 21 Mei di luar pantai timurnya dan menyatakan kelmarin ia telah menguji sejenis senjata baharu antipesawat diawasi pemimpinnya Kim Jong-un.

Ia menguji misil jarak dekat jenis Scud beberapa banyak sebelum ini, yang terbaharu pada bulan April, menurut kepada pegawai AS.

Bagaimanapun pakar menyatakan ia mungkin mencuba untuk menguji kemampuan terbaharu yang mungkin membantu usahanya untuk membina ICBM.

Scud yang diubah suai mampu menjangkau jarak sehingga 1,000 kilometer.

Hari ini, Amerika Syarikat akan menguji satu sistem pertahanan misil yang sedia ada bagi cuba untuk menyekat ICBM. — Reuters

Advertisement