Anda di sini

Ribuan masih terperangkap di Marawi

Advertisement
 Seorang penduduk dipapah ketika dipindahkan keluar dari bandar Marawi, semalam. — Gambar Reuters-
NYAWA TERANCAM: Seorang penduduk dipapah ketika dipindahkan keluar dari bandar Marawi, semalam. — Gambar Reuters-

Orang awam merayu agar diselamatkan dari kawasan yang dikuasai pemberontak

MARAWI: Kira-kira 2,000 orang awam semalam terperangkap di dalam sebuah bandar di selatan Filipina di mana tentera sedang menggempur militan pelampau, tatkala angka kematian selepas hampir seminggu pertempuran mencecah 100, menurut pihak berkuasa.

 Tentera meningkatkan kempen pengeboman ke atas beberapa bahagian Marawi di Pulau Mindanao, antara bandar Muslim terbesar di negara majoriti Katolik itu, tatkala ia menuduh kumpulan lelaki bersenjata melakukan pelbagai kekejaman termasuk membunuh wanita dan kanakkanak.

 Pe r t emp u r a n awa m mendorong Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan undang-undang tentera mulai Selasa lalu di wilayah selatan untuk mengekang peningkatan ancaman teroris yang ada kaitan kumpulan Islamic State (IS).

 Kebanyakan daripada 200,000 penduduk telah melarikan diri namun kira-kira 2,000 lagi masih terperangkap di kawasan yang dikawal militan, menurut jurucakap jawatankuasa pengurusan krisis wilayah Zia Alonto Adiong.

 “Mereka telah menghantar kami mesej teks, menelefon talian bantuan, meminta kami menghantar pasukan penyelamat namun kami tidak boleh pergi ke kawasan yang tidak boleh diakses itu begitu sahaja.

 “Mereka mahu keluar, mereka khuatirkan keselamatan mereka, ada juga sudah kehabisan makanan.

 “Mereka juga takut mereka akan terkena tembakan dan serangan udara,” katanya mengenai nasib penduduk yang terperangkap.

 Tentera kelmarin mengumumkan kempen pengeboman akan dipertingkat.

 “Meskipun kami cuba mengelak kerosakan nyawa, para pemberontak ini memaksa kekerasan kerajaan dengan bersembunyi dan berkubu di dalam rumah awam, bangunan kerajaan dan pusat lain.

 “Keengganan mereka menyerah diri menyebabkan bandar ini terkepung.

 “Justeru terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk menambah serangan udara terperinci bagi membersihkan bandar tersebut dan menamatkan segera pemberontakan ini,” kata jurucakap tentera Brigadier Jeneral Restituto Padilla.

 Militan didakwa telah membunuh s ekur ang - kurangnya 19 orang awam termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak yang ditemui mati dekat sebuah universiti, kata jurucakap tentera wilayah Leftenan Kolonel Jo-ar Herrera.

 “Mangsa adalah wanita orang awam.

 “Teroris ini antimanusia,” kata Herrera.

 Jurugambar AFP sendiri melihat lapan mayat dibuang dari jambatan di pinggir Marawi semalam, di mana penduduk tempatan mengenal pasti mereka sebagai pekerja kilang beras dan maktab perubatan.

 Selain itu, 15 askar, dua anggota polis dan 61 militan tel ah terbunuh da l am pertempuran, membawa angka kematian rasmi kini mencecah 97 orang, menurut pihak berkuasa.

 Keganasan bermula apabila puluhan lelaki bersenjata mengamuk di seluruh Marawi ekoran kempen pasukan keselamatan untuk menangkap Isnilon Hapilon, militan veteran yang dianggap sebagai ketua tempatan IS.

 Mereka mengibarkan bendera hitam IS, menahan paderi dan hingga 14 orang sebagai tebusan dari gereja, serta membakar bangunan.

 Pihak berkuasa berkata kelmarin nasib kesemua t ebus an ma s ih be lum diketahui.

 Duterte dan ketua tentera berkata, kebanyakan militan adalah anggota kumpulan teroris tempatan Maute yang disokong penjenayah tempatan.

 — AFP

Advertisement