Anda di sini

Mayat lelaki ditemui terapung

Advertisement

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan selanjutnya.)

 Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di muara Sungai Kemena, Ahad lalu.
TIADA IDENTITI: Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di muara Sungai Kemena, Ahad lalu.

BINTULU: Orang ramai yang digemparkan dengan penemuan mayat lelaki yang terapung di muara Sungai Kemena sekitar 8 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zailanni Amit berkata, mayat lelaki berkenaan dibawa oleh polis marin ke jeti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Bintulu sekitar 10.30 pagi.

“Identiti mayat yang berpakaian lengkap dan mempunyai tatu pada badan belum dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan kes tersebut, hari ini.

Zailanni berkata, mayat itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil berhubung dengan Unit Forensik atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tujuan pengecaman.

  • oleh
  • Advertisement