Anda di sini

Ding meriahkan Pra-Gawai JKKK Rumah Giman Jabu

Advertisement

BINTANGOR: Sambutan Pra-Gawai Dayak 2017 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Giman Jabu, Sungai Merujun, Skim B, Meradong berlangsung dengan meriahnya, baru-baru ini.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Ding dalam ucapannya berkata, perayaan Gawai Dayak merupakan landasan untuk membina perpaduan kukuh dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

Seperti semua perayaan yang terdapat di negara ini katanya, kemeriahan perayaan Gawai Dayak juga dikongsi bersama masyarakat berbilang kaum dan agama.

Semua masyarakat tidak mengira Melayu, Melanau, Cina atau Iban akan berkongsi kemeriahan Gawai Dayak. Begitu juga dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan sebagainya,” jelasnya.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Tuai Rumah Giman Jabu berterima kasih atas kedatangan Ding bersama rombongan bagi menyerikan lagi majlis tersebut.

Saya mewakili semua penduduk di rumah panjang ini mengucapkan terima kasih kepada Ding bersama rombongannya kerana telah meluangkan masa untuk bersama kita pada malam ini.

Saya berharap dengan kehadiran Ding bersama rombongannya akan mengeratkan silaturahim bersama mereka. Ini peluang untuk kita beramah mesra bersama wakil rakyat,” katanya.

Pada majlis tersebut, Ding turut menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Rumah Memasak JKKK Rumah Giman Jabu.

Selain itu, beliau turut mengumum geran sebanyak RM2,000 kepada JKKK Rumah Giman Jabu untuk membeli peralatan dapur di rumah memasak tersebut.

Rumah Memasak JKKK Rumah Giman Jabu yang terletak di hadapan rumah panjang tersebut akan diguna sebagai tempat memasak dan penyediaan makanan serta minuman semasa berlangsungnya sesebuah majlis.

Advertisement