Anda di sini

Cawangan kelab WMGS kini berada di Kuching: Awie

Advertisement
__alt__

KUCHING: Wings Motor Gang Society (WMGS) bukan keanggotaan samseng tetapi sebuah geng pencinta motosikal berkuasa besar Harley Davidson yang telah pun menubuhkan cawangan kelab di sini pada 22 Mei lepas.

 Menurut Pengasas dan Presiden WMGS, Ahmad Azhar Othman atau Awie tujuan utama penubuhan kelab itu adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim, mengukuhkan ekonomi ahlinya selain menjalankan kebajikan untuk komuniti.

 “Ia adalah kerana saya sendiri adalah pencinta motosikal berkuasa besar sudah bertahun lamanya saya meneruskan minat seorang diri dan ada baiknya jika saya abadikan minat menjadi sebuah kelab untuk tiga perkara iaitu menjalinkan hubungan silaturahim, mengukuhkan ekonomi sambil berbuat amal kepada komuniti.

 “Dulu setiap kali datangnya Ramadan, sudah berbelas tahun kita buat amal kebajikan secara sendirian tetapi kali ini bolehlah bersama dengan ahli-ahli dari kelab permotoran pergi bersama.

 “Lagipun, kalau kita buat amal tu beramai-ramai dan kita kongsi pahala itu ia lebih indah kalau seorang diri kita terigau tentang pahala dan dosa sambil bergembira dan orang lihat ia seperti satu majlis yang meriah,” katanya menjawab pertanyaan pemberita bagaimana WGMS tertubuh sebelum ini.

 Tambahnya, WGMS di ibu kota telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Ogos tahun lepas selepas mengadakan beberapa kali pertemuan sebelumnya bersama ahli.

 Muka A6 Hiburan Sehingga hari ini WGMS bukan sekadar mempunyai hampir 100 orang ahli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) tetapi juga dari negara jiran seperti Thailand dan Brunei.

 Beliau menyatakan majlis yang diadakan di sini baru-baru ini hanya merupakan pra-perasmian dan perasmian sebenar akan dijalankan di ibu kota dalam tahun ini juga.

 Pada masa yang sama, beliau berkata pihaknya telah bermesyuarat dan akan menubuhkan sebuah Club House di ibu kota dengan adanya perkhidmatan garaj, butik dan sebagainya dan dalam proses menjana ekonomi dan kemudian digunakan untuk tujuan kebajikan bagi golongan ahli yang dalam kesusahan atau teraniaya.

 Kepulauan Borneo terlalu besar dan amat sukar bagi ahli menjaga kebajikan sesama ahli oleh sebab itu kita benarkan mereka jika mempunyai dana bagi tujuan yang sama untuk meneruskan dan kita akan sentiasa menyokong asalkan tidak melanggar perlembagaan WGMS.

 “Begitu juga dengan cawangan kita di tempattempat lain jika mahu membuka benda yang sama, dan mereka mempunyai dana bagi melakukannya kita pasti akan menyokong mereka.

 Kita tidak halang.

 Corak pemerintahan saya senang ‘negeri awak, budaya awak!’, terpulang kepada negeri masingmasing.

 “Saya tidak boleh campur-aduk urusan budaya masing-masing, coraklah seperti mana yang anda mahu asalkan jangan melanggar perlembagaan kerana sebelum menyertai kelab ahli kena melakukan akur janji untuk tidak mencemarkan perlembagaan di dalam kelab.

 “Tahun lepas kita telah ke Sabah dan selepas ini kita sedang merancang untuk menjelajah Sarawak sehingga ke Kalimantan tapi satu-satu dahulu dan kita akan buat ‘tour’ untuk promosi WGMS nanti.

 “Syarat untuk masuk keahlian WGMS adalah mempunyai motosikal Harley Davidson 700 cc ke atas dan hanya terbuka kepada lelaki sahaja.

 “Jika saya mengambil penunggang dari kalangan wanita, kita tidak mahu ada kalangan ahli yang berkasih-kasih di dalam kumpulan.

 Bila kasih bermula, ia juga menjadi punca kumpulan berpecah selepas mereka gaduh jadi sebaiknya saya mengelakkan dahulu.

 Tidak ada politik dan tidak ada bercinta di dalam WGMS,” jelasnya lagi.

 Ketika ditanya jika mahu melakukan konsert untuk peminat di sini, Awie menjawab beliau sebenarnya sedang menunggu pelawaan pelabur untuk menyapa beliau dan 30 artis yang lain bersamanya untuk menjalankan konsert di sini.

 Pada masa yang sama beliau akan sering ke Sarawak untuk menjenguk ahli WGMS di sini dan dalam perancangan untuk mengadakan Bike Week WGMS 2018.

  • oleh
  • Advertisement