Anda di sini

AirAsia beri amaran mengenai penipuan tiket palsu menggunakan jenamanya

Advertisement

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai siaran di media sosial yang mendakwa ia menawarkan tiket penerbangan percuma melalui satu kaji selidik dalam talian.

Penipuan itu memerlukan peserta menjawab beberapa soalan bagi menebus baucer, kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan hari ni.

“Ada satu lagi penipuan yang diedar di Facebook, menawarkan 268 tiket percuma sempena ulang tahun ke-28 AirAsia.

“Kedua-dua penipuan itu mengguna jenama AirAsia tanpa kebenaran dan bertujuan menarik orang ramai menyertainya,” tambahnya.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan berkaitan skim palsu tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim haram menggunakan jenama AirAsia itu. - BERNAMA

Penipuan menggunakan jenama AirAsia
Penipuan menggunakan jenama AirAsia
Orang ramai diminta berwaspada dengan penipuan menggunakan jenama AirAsia

Orang ramai diminta berwaspada dengan penipuan menggunakan jenama AirAsia

Advertisement