Anda di sini

Lebih 1,400 pendatang diselamatkan

Advertisement
 Para pendatang tiba dengan bot di sebuah pangkalan tentera selepas diselamatkan oleh pegawai pengawal pantai Libya di Tripoli, Libya kelmarin. — Gambar Reuters
DISELAMAT: Para pendatang tiba dengan bot di sebuah pangkalan tentera selepas diselamatkan oleh pegawai pengawal pantai Libya di Tripoli, Libya kelmarin. — Gambar Reuters

Operasi menyelamat besar-besaran menyelamatkan mereka di luar perairan Libya

TRIPOLI: Lebih 1,400 pendatang yang cuba untuk pergi ke Itali telah diselamatkan di luar perairan Libya kelmarin, namun kapal-kapal lain telah mengalami kecemasan, menurut keterangan dari pegawai Libya dan Itali.

 “Operasi menyelamat dan pemintasan yang besar telah dilakukan,” menurut jurucakap tentera laut Jeneral Ayoub Qassem.

 “Hari ini merupakan hari bagi pemergian beramai-ramai pendatang haram ke Eropah.

” Bot komersil dan perikanan, pengawal pantai Libya, telah bekerja selaras dengan pihak berkuasa Itali, menurut beliau.

 Sebuah kapal tangki minyak Libya telah menyelamatkan 562 pendatang, termasuk beberapa wanita dan kanak-kanak, serta membawa mereka ke Tripoli, menurut seorang pegawai pengawal pantai Libya.

 Satu lagi kumpulan pendatang, yang mana jumlahnya tidak dinyatakan, telah dibawa ke Zawiya, 50 kilometer hingga ke barat, menurut sumber ini.

 Di Rom, pihak pengawal pantai Itali menyatakan ia telah menghantar beberapa kapal dan mengarahkan kapal komersil agar menyelamatkan 850 pendatang.

 Bagaimanapun, tiga bot lagi yang membawa pendatang telah berada dalam kecemasan.

 Lebih dari 50,000 pendatang telah mendarat di pantai Itali sejak awal tahun ini, tidak termasuk mereka yang diselamatkan sejak beberapa hari, ketika lebih dari 1,400 orang telah lemas atau hilang, menurut kepada jumlah dari PBB.

 Daripada 181,000 pendatang yang telah memasuki Itali pada tahun lepas, kira-kira 90 peratus telah tiba melalui COLOMBO: Pasukan perubatan India dan bantuan kecemasan telah tiba di Sri Lanka semalam ketika angka kematian berkaitan dengan monsun telah mencecah sehingga 100 orang serta pihak berkuasa telah memberikan amaran bagi lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

 Sebuah kapal yang membawa bekalan perubatan telah berlabuh di Colombo, dihantar oleh India bagi membantu menangani banjir teruk di wilayah barat dan selatan di pulau ini dalam masa 14 tahun selepas hujan turun dengan lebatnya.

 Pusat Pengurusan Bencana (DMC) menyatakan semalam bahawa angka kematian akibat banjir dan satu rangkaian kejadian tanah runtuh telah mencecah sehingga 100 orang ketika bilangan mereka yang hilang sejak banjir kelmarin telah menurun kepada 90 dari 110 orang.

 Seramai 40 orang lagi berada di hospital.

 Pihak berkuasa telah mengemukakan arahan perpindahan baharu bagi mereka yang tinggal di hiliran dua buah sungai utama, memetik satu risiko bagi banjir walaupun hujan telah mulai berkurangan.

 “Monsun telah terbentuk dengan kukuh dan kami akan mengalami hujan pada waktu petang dalam satu intensiti yang berkurangan”, menurut ketua jabatan meteorologi S.

 R.

 Jayasekera.

 India telah menghantar kapal lain dijangka akan tiba pada Isnin ini selepas Sri Lanka mengemukakan satu rayuan antarabangsa bagi bantuan.

 Banjir tersebut adalah yang terburuk sejak Mei 2003 ketika 250 orang telah terbunuh dan 10,000 rumah musnah selepas satu monsun Barat daya yang kuat, menurut pihak berkuasa.

 DMC menyatakan monsun telah menamatkan kemarau panjang yang telah mengancam pertanian termasuk penjana kuasa hidro.

 Hujan telah memenuhkan takungan yang digunakan bagi projek hidroelektrik selepas bekalan yang rendah menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan kuasa pada Jun.

 Namun pihak berkuasa menyatakan kebanyakan takungan sekarang adalah terlalu penuh sehingga ia dikhuatiri dalam bahaya akan melimpah keluar dan menenggelami beberapa komuniti yang tinggi di hiliran.

 Banjir kelmarin adalah berpunca dari sungai yang melimpah dari tebingnya, namun hujan lebat yang luar biasa telah menyebabkan lebih dari 12 kejadian tanah runtuh menimbus rumah-rumah di tepi gunung.

 Pada petang kelmarin lebih 60,000 orang telah diarahkan keluar dari rumah mereka sementara hampir 500 rumah telah sama ada rosak atau musnah.

 Kebanyakan dari kematian telah berlaku disebabkan tepi gunung yang runtuh ke atas rumah-rumah tersebut, menurut pihak berkuasa.

 — AFP Libya.

Advertisement