Anda di sini

16 pasukan sahkan slot ke pusingan ketiga Piala Residen Serian 2017

Advertisement

KUCHING: Saingan Piala Residen Serian Edisi Ke-2 2017 kian rancak dengan 16 pasukan telah mengesahkan slot ke pusingan ketiga.

 Mencuri tumpuan pertembungan lapan pasukan hari ini yang akan berlangsung di Padang Bola Sepak St Matthews Kampung Lanchang.

 Apa yang pasti, juara bertahan Rimong Croc berdepan misi sukar apabila diundi bertemu dengan BB Team pada jam 12 tengahari.

 Ia disusuli pertembungan antara SS 17 menentang RRD Mambong pada jam 1.30 petang sebelum Gen – Y FC menanti kadatangan KHYZA Crew FT jam 3 petang.

 Perlawanan terakhir petang ini menyaksikan Semeran FC berdepan Belfa jam 4 petang.

 Sementara itu, empat lagi perlawanan turut berlangsung pada 11 Jun (Ahad) menyaksikan Borneo City menentang Real Segedup (10 pagi).

 Disusuli perlawanan di antara Atilla FC menentang Daruda (12 tengahari), Hazzel United menentang Bakun FC (2 petang) dan 1 TD berdepan Krian (4 petang).

 Saingan suku akhir dijadual berlangsung pada 18 Jun depan.

Advertisement