Anda di sini

Yee Seng Electrical Enterprise buka Kedai Konsep Sharp di Bandar Baru Permyjaya

Advertisement
 Pelbagai produk Sharp dipamerkan di Kedai Konsep Sharp di Desa Indah 3 Bandar Baru Permyjaya, Miri.
PROMOSI DUA HARI: Pelbagai produk Sharp dipamerkan di Kedai Konsep Sharp di Desa Indah 3 Bandar Baru Permyjaya, Miri.

MIRI: Yee Seng Electrical En­terprise semalam menganjur­kan pembukaan rasmi Kedai Konsep Sharp (Sharp Concept Store) yang mengkhusus dalam pelbagai produk Sharp.

Terletak di Desa Indah 3 Bandar Baru Permyjaya di sini, produk-produk yang dipamerkan termasuk tel­evisyen LED terkini, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan peralatan dapur yang kecil.

“Kedai ini direka sebagai sebuah premis yang ideal untuk membawa produk Sharp lebih dekat kepada pengguna dalam persekitaran yang kondusif yang membole­hkan mereka melihat sendiri pelbagai produk Sharp,” kata Johnny Chan, Pengurus Ca­wangan Kuching Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd.

Pembukaan kedai konsep ini, merupakan kedai ke-20 di Malaysia dan keenam di Sarawak, katanya.

Chan juga menyatakan sempena pembukaan rasmi ini, pelanggan boleh menda­patkan jaminan satu tahun tambahan dengan pembelian mana-mana set televisyen Sharp, di mana pelanggan akan menerima jaminan se­lama tiga tahun semuanya.

Sebagai tambahan kepada jaminan selama tiga tahun, pe­langgan juga akan mendapat percuma satu tahun insurans semua risiko yang melindungi set televisyen mereka daripada kecurian, kebakaran, banjir, kilat atau terjatuh.

Chan juga menyatakan bahawa Kedai Konsep Sharp seterusnya akan dibuka di Bintulu selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan Sharp-Roxy bercadang untuk membuka Kedai Konsep Sharp yang pertama di Brunei pada tahun hadapan.

Susulan dengan pembukaan rasmi ini, Yee Seng Electrical Enterprise akan menganjur­kan promosi dua hari hujung minggu ini (Sabtu & Ahad) di mana pelbagai produk ditawarkan pada harga yang sungguh murah.

Turut serta pada majlis perasmian itu ialah Anthony Nyau pemilik Yee Seng Elec­trical Enterprise dan Tok Sang Man Pengurus Besar Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd.

Advertisement