Anda di sini

Sherry dan Adriel dinobat Kumang, Keling

Advertisement
 Sherry (duduk tengah) dinobatkan sebagai Kumang RNI.
ANGGUN: Sherry (duduk tengah) dinobatkan sebagai Kumang RNI.

SHERRY Oliam, 25, dinobatkan sebagai Kumang manakala Adriel Nyawai Robin, 26, dinobatkan sebagai Keling bagi Pertandingan Kumang Keling Raban Ngepan Iban di Miri, baru-baru ini. Sherry berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, tiket penerbangan pergi balik Miri-Kota Kinabalu, penginapan hotel tiga hari dua malam, mahkota, trofi, hamper barangan kecantikan, selempang dan bunga.

Manakala Adriel pula membawa pulang wang tunai RM3,000, tiket penerbangan pergi dan balik Miri-Kota Kinabalu, penginapan hotel tiga hari dua malam, trofi, hamper barangan kecantikan, selempang dan bunga.

Sherry ketika ditemu bual berkata, beliau tidak menjangka diumumkan sebagai Kumang pada pertandingan tersebut.

“Ibu bapa dan rakan banyak memberi sokongan tanpa berbelah bahagi atas penglibatan saya dalam pertandingan ini.

“Persiapan yang rapi dari segi mengkaji kebudayaan masyarakat Iban membuahkan hasil dengan penganugerahan dalam pertandingan ini,” katanya.

Pada pertandingan tersebut, Sherry turut mendapat Anugerah Ngepan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM300.

Bagi pemenang Keling, Adriel menyatakan hasrat mempromosikan budaya masyarakat Iban ke peringkat lebih tinggi lagi.

“Saya mahu generasi baharu tidak meninggalkan adat dan pakaian tradisional kebanggaan mereka,” katanya.

Adriel berkata, beliau akan menggunakan duit kemenangan untuk membantu keluarganya.

Pada pertandingan tersebut seramai 17 gadis dan 14 teruna bersaing bagi merebut kejuaraan Kumang dan Keling Raban Ngepan Iban 2017.

  • oleh
  • Advertisement