Anda di sini

Lelaki dipenjara, denda bersalah guna dadah

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,800 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kelmarin kerana kesalahan menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambilkira kepentingan awam.

Lau Kung Liong, 47, dari Pujut Corner di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (akta 234) dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendakiserta-merta menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasar pertuduhan kes, Lau telah didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (akta 234) dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.10 malam, 1 Februari tahun ini di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement