Anda di sini

Juara setelah tiga tahun mencuba

Advertisement
 Stephen (tengah) merakam gambar bersama pemain dan pegawai KWRC selepas majlis penyampaian hadiah.
KENANGAN: Stephen (tengah) merakam gambar bersama pemain dan pegawai KWRC selepas majlis penyampaian hadiah.

KUCHING: Pasukan Ken­yalang Warriors Rugby Club (KWRC) dari Divisyen Pertama Infantri Malay­sia (1 Divisyen) berjaya merangkul kejuaraan Liga AKHDAN RNA 2017 buat kali pertama setelah tiga tahun mencuba dengan menundukkan juara berta­han, Kelab Ragbi Warriors ORC 23-15 pada perlawanan akhir di Padang Ragbi Kem Muara Tuang, Sabtu lalu.

KWRC merupakan juara pertama Liga AKHDAN RNA yang dahulunya dike­nali sebagai Liga Ragbi Kuch­ing KRFC.

Kelab itu ditubuhkan pada 2016 hasil dorongan dan as­pirasi Panglima Divisyen Per­tama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mun­daw sebagai usaha menaikkan sukan ragbi dalam kalangan warga 1 Divisyen.

Kedua-dua pasukan me­nampilkan aksi sengit sebaik perlawanan bermula dengan masing-masing cuba men­embusi benteng pertahanan lawan.

Perlawanan di separuh 40 minit pertama banyak menye­belahi KWRC apabila mereka mendapat ‘try’ dan ‘conver­sion’ seawal minit keempat dan berjaya memperoleh tu­juh mata diikuti dengan dua penalti.

Manakala, pasukan Warri­ors ORC hanya mendapat satu penalti menjadikan kedudu­kan tamat separuh masa per­tama 13-3.

Pada separuh masa kedua, Warriors ORC yang jauh lebih berpengalaman telah menyusun semula strategi perlawanan dan telah berjaya mengekang pihak lawan.

Usaha gigih Warriors ORC membolehkan mereka men­dapat dua ‘try’ dan satu ‘con­version’.

Namun, ia tidak mema­tahkan semangat pemain KWRC yang tampil lebih bertenaga telah berjaya men­jauhkan jurang jaringan den­gan menambah satu lagi ‘try’ dan ‘conversion’.

Tuah memihak KWRC apabila sekali lagi dihadiahkan penalti pada minit akhir perla­wanan menjadikan kedudukan tamat masa penuh 23-15.

Kemenangan itu membole­hkan KWRC membawa balik Piala Pusingan, Piala Iringan dan wang tunai sekaligus layak menyertai Kejohanan Piala Presiden.

KWRC juga berjaya me­nambah koleksi kemenangan selepas turut memenangi Johan Cup Kejohanan Ragbi Sentuh 5 Sebelah Y-Centre 2017 pada Mei 2017 dan Sibu Memorial Cup 15s’ pada April 2017.

“Walaupun KWRC baru berusia dua tahun, KWRC kini bergiat aktif dalam sukan ragbi di Sarawak dengan turut mengambil bahagian dalam beberapa siri pertandingan di Kuching, Sibu dan Miri.

“Ia seiring dengan hasrat Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mun­daw untuk menaikkan ragbi Tentera Darat di Sarawak dan menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan ragbi Sarawak,” menurut Pengurus KWRC, Mejar Nizam Nor Amri Johari semalam.

Beliau turut merakam teri­ma kasih kepada Kesatuan Ragbi Sarawak (SRU) kerana turut bekerjasama dengan Markas 1 Divisyen yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Samarahan dalam me­realisasikan impian tersebut.

Tegasnya, perkembangan positif ini diharap dapat mena­rik minat jabatan-jabatan lain serta awam dalam menaikkan prestasi sukan ragbi di Bumi Kenyalang ini.

  • oleh
  • Advertisement