Anda di sini

7 pendatang maut, 77 lagi diselamatkan: Tentera Laut

Advertisement

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya tujuh pendatang maut dan 77 lagi diselamatkan di luar pantai Libya kelmarin, dua hari selepas bot kecil getah mereka mengalami masalah, kata tentera laut di negara tersebut.

Mangsa yang terselamat, termasuk empat wanita dan seorang kanak-kanak, selama dua hari berpaut pada apa yang merupakan kapal mereka yang bocor sebelum mereka diselamatkan, kata jurucakap tentera laut Ayoub Kacem.

Tujuh mayat ditemui di kawasan perairan berhampiran, 12 batu nautika dari Sayad, kira-kira 40 kilometer di barat Tripoli, jelas beliau.

Namun jumlah nyawa yang hilang mungkin akan menjadi lebih tinggi kerana ia tidak diketahui berapa ramai pendatang yang berada di dalam kapal sejak awalnya, tambah beliau.

Biasanya penyeludup manusia akan memadatkan sehingga 120 pendatang di dalam bot sebegitu.

Mereka yang diselamatkan berada dalam “keadaan kritikal” dan mengalami kelaparan, kehausan, lemah dan selaran matahari, menurut Kacem.

Seramai 2,300 pendatang diselamatkan di luar pantai Libya dan dua lagi ditemui meninggal dunia kelmarin dalam operasi yang dilakukan oleh  kapal komersil dan pengawal pantai Itali di kawasan tersebut.

Ia berlaku ketika mayat 35 pendatang, termasuk sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak, dibawa ke Itali selepas mereka terjatuh dari sebuah kapal yang terlalu penuh yang dilanggar oleh ombak besar ketika diselamatkan oleh sebuah bot bantuan. — AFP

Advertisement