Anda di sini

Xtracol Enterprise anjur promosi khas Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri

Advertisement
 Phang (kiri), Pengurus Jualan Xtracol Enterprise Wee Miu Hing (dua kiri), serta dua kakitangan lain Xtracol Enterprise bergambar di hadapan kedai yang terletak di Marina Square Fasa 2, Miri.
PROMOSI KHAS: Phang (kiri), Pengurus Jualan Xtracol Enterprise Wee Miu Hing (dua kiri), serta dua kakitangan lain Xtracol Enterprise bergambar di hadapan kedai yang terletak di Marina Square Fasa 2, Miri.

MIRI: Sempena perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri, Xtracol Enterprise Sdn Bhd, premis yang mengkhusus dalam produk Mitsubishi Electric kini sedang menganjurkan promosi khas yang berlangsung dari 25 hingga 30 Mei 2017.

Dalam tempoh ini, pelanggan boleh mendapatkan produk-produk seperti pendingin hawa, peti sejuk, kipas angin dan pengering tangan dengan harga yang lebih rendah daripada biasa.

Di samping itu, terdapat juga hadiah-hadiah percuma untuk pelanggan yang terdiri daripada produk isi rumah bernilai antara RM100 sehingga RM700.

“Jenama Mitsubishi Electric yang telah bertapak lebih 40 tahun di Malaysia bukan sahaja berkualiti tetapi menjimatkan tenaga,” kata Phang Yuen Fui, Pengurus Jualan Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn Bhd.

Sebagai jaminan kualiti, pendingin hawa datang dengan jaminan tujuh tahun pada ‘compressor’ dan dua tahun jaminan pada bahagian lain, katanya.

Peti Sejuk Mitsubishi Electric yang mendapat penarafan 5 bintang cekap tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia datang dengan jaminan 10 tahun.

Selain jualan, Xtracol Enterprise Sdn Bhd juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan untuk produk Mitsubishi Electric yang termasuk pemasangan dan pembaikian.

Orang ramai dijemput untuk melihat produk-produk Mitsubishi Electric di Lot 1929, Marina Square Fasa 2 di sini. Untuk sebarang pertanyaan melakukan hubungi 085-324306 atau 013-8379955.

Selain itu, pelanggan boleh melayari laman www.MitsubishiElectricMalaysia.com untuk melihat produk dalam talian dan menyemak harga terkini. Mereka juga boleh memuat turun aplikasi Mitsubishi Electric Malaysia di Google Play atau di Apple App Store.

Advertisement