Anda di sini

‘Siapa Jojo’ filem web istimewa Petronas sempena Pesta Kaamatan, Gawai

Advertisement
  Zahariah (belakang, tengah) dan pengurusan Petronas bersama sebahagian pelakon ‘Siapa Jojo’.
DIPERKENALKAN: Zahariah (belakang, tengah) dan pengurusan Petronas bersama sebahagian pelakon ‘Siapa Jojo’.

KUCHING: ‘Siapa Jojo’ sebuah filem web terbitan istimewa Petronas sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai 2017 dilancarkan di sini Selasa lepas.

Membawa mesej utama, ‘sentiasa menghargai rahmat dalam kehidupan, suatu yang sering dipandang mudah oleh semua orang’ mengisahkan lima sahabat karib yang mewakili pelbagai kaum di Malaysia bersama-sama meraikan Gawai.

“Filem web ini meneruskan pengisahan lima sahabat karib iaitu Anang, Joseph, Ah Keong, Hakim dan Arathi, karektor yang diperkenalkan dalam filem web yang diterbitkan sempena Tahun Baru Cina lalu (2017) bertajuk ‘ It Come From a Tin Mine’.

“Dalam filem web ‘Siapa Jojo’ lima sabahat baik ini mengembara ke kampung halaman Anang di Sarawak untuk meraikan musim perayaan (Gawai) bersama keluarga serta saudara mara.

“Ketika itulah Anang dan rakan-rakannya mempelajari pengajaran yang tidak pernah diduga iaitu sentiasa mengharap rahmat dan nasib baik dalam kehidupan kita,” kata Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Zahariah Abdul Rahman semasa majlis pelancaran filem web itu.

Beliau berkata filem web itu merupakan kempen perpaduan sosial Petronas 2017, meraikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum, saling menghormati dan berbuat baik antara satu sama lain lebih-lebih lagi semasa sambutan perayaan di Malaysia.

Tambahnya, pada kempen Kaamatan-Gawai tahun ini, Petronas mahu membawa cerita-cerita kehidupan yang menggambarkan kerja keras serta komitmen mencapai kejayaan, kegembiraan serta meraikan sambutan perayaan itu dengan penuh bermakna bersama yang tersayang.

“Keseluruhannya kempen kita (Petronas ) tahun ini mengetengahkan cerita-cerita yang menjelmakan semangat keazaman serta ketabahan bagi memberi inspirasi kepada orang lain agar tidak mudah berputus asa dan berusaha bersama-sama untuk hari esok yang lebih baik.

“Lima karektor mewakili kepelbagaian budaya dan tradisi iaitu keunikan sebenar Malaysia. Walaupun kita berbeza, kita dapat menghargai dan meraikan kepelbagaian ini serta perayaan-perayaan bersama,” ujar Zahariah.

Sementara itu ketika ditemui pemberita, beliau memberitahu penonton dapat menonton aksi lima sahabat karib itu, Anang, Joseph, Ah Keong, Hakim dan Arathi lebih kerap kerana ia akan diketengahkan dalam filem web perayaan Petronas sepanjang tahun.

“Lima karektor ini akan digunakan sepanjang kempen perayaan Petronas tahun ini. Jadi anda akan melihat mereka beraksi dalam setiap kempen perayaan diakhiri Deepavali.

‘Siapa Jojo’ kini boleh ditonton di laman sesawang www.petronasofficial.com manakala komersial televisyen akan mula ditayangkan bermula 30 Mei hingga 5 Jun 2017.

  • oleh
  • Advertisement