Anda di sini

Undang-undang tentera di Mindanao

Advertisement
 Sebuah kereta kebal membawa anggota tentera memasuki lebuh raya utama bandar Pantar, Lanao Del Norte dalam perjalanan untuk mengukuhkan keselamatan di Marawi, semalam. — Gambar Reuters
KETEGASAN DILAKSANAKAN: Sebuah kereta kebal membawa anggota tentera memasuki lebuh raya utama bandar Pantar, Lanao Del Norte dalam perjalanan untuk mengukuhkan keselamatan di Marawi, semalam. — Gambar Reuters

Militan pemisah culik paderi dan beberapa tebusan dari gereja untuk ugut Duterte

ILIGAN: Militan pemisah yang mencetuskan undangundang tentera di selatan Filipina apabila mengamuk di sebuah bandar raya, mengugut untuk membunuh seorang paderi dan tebusan lain, menurut Gereja Katolik semalam.

 Presiden Rodrigo Duterte melaksanakan undangundang tentera di seluruh wilayah selatan Mindanao kelmarin selepas militan yang berikrar taat setia kepada kumpulan pelampau Islamic State (AS), bertempur dengan pasukan keselamatan dan membakar bangunan.

 Duterte memberi amaran undang-undang akan dilaksanakan dengan tegas mirip pemerintahan diktator dalam usaha mengekang bukan sahaja militan bersenjata di Marawi, bandar majoriti Muslim yang didiami 200,000 orang, malah ancaman keganasan berinspirasikan IS dari Mindanao.

 Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah gereja di Marawi dan menculik paderi tempatan Father Chito Suganob, selain sejumlah tebusan, menurut ketua Persidangan Uskup Katolik Filipina Uskup Agung Socrates Villegas.

 “Mereka mengugut akan membunuh tebusan jika tentera kerajaan yang dilancarkan untuk membanteras mereka tidak dipanggil pulang,” menurut Villegas.

 Jurucakap tentera wilayah bagaimanapun menyatakan laporan Villegas perlu disahkan.

 Pertempuran meletus kelmarin selepas pasukan keselamatan menyerbu sebuah rumah di Marawi yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Isnilon Hapilon, ketua kumpulan Abu Sayyaf dan ketua IS Filipina.

 AS menganggap Hapilon sebagai antara teroris paling berbahaya di dunia dan menawarkan ganjaran AS$5 juta untuk penangkapannya.

 Lebih 100 lelaki bersenjata kemudian mengamuk dengan membakar bangunan dan melancarkan taktik mengalih perhatian lain, menurut Setiausaha Pertahanan Delfi n Lorenzana.

 Gambar dalam media sosial yang dipaparkan penduduk menunjukkan lelaki bersenjata berkeliaran di jalanan Marawi sambil mengibarkan bendera hitam mirip bendera IS.

 Lorenzana berkata , malam kelmarin ramai lelaki bersenjata bersembunyi di dalam bangunan sebagai penembak tepat sekali gus menyukarkan usaha pasukan keselamatan untuk melumpuhkan mereka.

 Ribuan penduduk telah melarikan diri dari Marawi, menurut jurugambar AFP di sebuah pos pemeriksaan tentera dekat Iligan, bandar jiran terbesar kira-kira 40 kilometer dari situ.

 “Kami mendengar bunyi tembakan dan letupan bertalu-talu semalam.

 “Kami bersembunyi di dalam kerana terlalu takut untuk keluar,” kata Noraisa Duca, penduduk Muslim Marawi, yang ditemui di pos pemeriksaan tersebut.

 Lelaki bersenjata membunuh seorang anggota polis dan dua askar kelmarin, menurut pihak berkuasa.

 Me r eka me l apo rka n pertempuran berterusan sepanjang malam di Marawi namun petang semalam belum dapat dipastikan sama ada masih terdapat militan di bandar tersebut atau telah melarikan diri ke pergunungan dan belantara berhampiran yang sudah lama menjadi sarang mereka.

 Penganalisis keselamatan mendakwa Hapilon cuba menggabungkan kumpulan militan yang telah berikrar taat setia kepada I S termasuk kumpulan Maute yang berpangkalan dekat Marawi.

 “Rakan senegara, jangan terlalu takut,” kata Duterte awal semalam dari Moscow, Rusia di mana beliau baharu memulakan lawatan rasmi yang terpaksa dipendekkan untuk pulang ke tanah air dan menangani krisis.

 Duterte berikrar tidak akan berbelas kasihan dalam membanteras ancaman terorisme di Mindanao dan menyamakan kekerasannya dengan undang-undang tentera yang dilaksanakan diktator Ferdinand Marcos semasa pemerintahan dua dekadnya yang berakhir dengan revolusi ‘Kuasa Rakyat’ pada 1986.

 Duterte juga berkata, undang-undang tentera di Mindanao yang mempunyai populasi sekitar 20 juta, mungkin berlanjutan hingga setahun.

 — AFP

Advertisement