Anda di sini

‘Konsert 7117’ gamatkan Auditorium Angkasapuri raikan 71 tahun RTM

Advertisement
 Altimet menyampaikan lagu ‘Bangkit’ semasa ‘Konsert 7117’ di Angkasapuri baru-baru ini.
MENGHIBURKAN: Altimet menyampaikan lagu ‘Bangkit’ semasa ‘Konsert 7117’ di Angkasapuri baru-baru ini.

KEHADIRAN penonton memenuhi Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur malam Ahad lalu membuktikan ‘Konsert 7117’ yang diadakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan ke-71 tahun meraikan penonton dan pendengar setianya diterima baik penonton.

 Sepanjang 71 tahun bersiaran, stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah melalui pelbagai proses transformasi pembaharuan yang dibuat melalui radio, televisyen dan media baharu seperti dari segi teknik penyampaian, reka bentuk set, keterampilan penyampaian dan kualiti kandungan.

 Ianya ternyata cukup memberangsangkan dan terus relevan menjadi pilihan ramai.

 Rata-rata penonton yang hadir teruja menyaksikan persembahan artis pujaan mereka beraksi di atas pentas Konsert 7117 terbitan Unit Hiburan TV RTM yang simbolik namanya dipilih membawa maksud perlambangan 71 tahun RTM pada tahun 2017.

 Konsert yang diadakan bagi menunjukkan penghargaan RTM terhadap sokongan penonton dengan menampilkan wajah-wajah baru dan generasi pelapis di dalam industri ini serta turut menampilkan barisan artis popular negara.

 Seramai 22 orang pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan muzik Raja Sham dan Nur Shafi qah Shuib mengiringi persembahan artis dalam konsert yang berlangsung dua jam disiarkan secara langsung pukul 9.00 malam di TV2, Ahad lalu.

 Menampilkan gandingan pengacara Ivan Toh, Jeed Zulkifl i dan Nadhir Nordin (Nasionalfm), konsert ini diserikan dengan persembahan oleh artis tersohor Dato’ Ramli Sarip, dan Dato’ M.

Nasir, di samping Altimet, Syamel, Hael Husaini, Irfan Harris, Wany Hasrita dan Ismail Izzani.

 Persembahan turut dihangatkan dengan kemunculan artis kelahiran pencarian bakat RTM Azharina Azhar (Juara Bintang RTM 2001), Asmidar (Naib Juara Bintang RTM 2001), Misha Omar (fi nalis Bintang RTM 2001), Ernie Zakri (Juara Bintang RTM 2009), Rosario (Juara Bintang RTM 2016), Chernice (Juara Bintang AiMinnal 2016), Rushini (Anugerah Khas Bintang AiMinnal 2016) dan Sevendays (Juara Rentak Juara 2017).

 Persembahan pembukaan lagu ‘Inspirasi’ yang menggandingkan Ernie Zakri, Asmidar dan Rosario menerima tepukan penonton yang ternantinantikan persembahan artis kesayangan mereka beraksi di pentas.

 Kemudiannya muncul penyanyi Altimet mempersembahkan lagu ‘Amboiii’ yang turut dinyanyikan sama oleh penonton yang membanjiri Auditorium Perdana.

 Diikuti lagu ‘Jangan Marah’ oleh Ernie Zakri.

 Persembahan penyanyi Azharina Azhar yang mendendangkan lagu terbaharu bertajuk ‘Sekian Terima Kasih’ juga tidak kurang hebatnya.

 Tambah menghangatkan pentas dengan nyanyiannya yang bersahaja menyampaikan lagu ‘The Greatest’ duet bersama Hael Husaini.

 Kumpulan yang baru dijulang sebagai pemenang pertandingan Rentak Juara 2017, Sevendays juga nyata mendapat sorakan hebat peminatnya menyanyikan lagu ‘Sekadar Di Pinggiran’ dan single terbaharu mereka bertajuk ‘Memori’.

 Persembahan artis baharu popular Wany Hasrita dengan lagu ‘Menahan Rindu’, Ismail Izzani menyampaikan lagu ‘Sabar’ dan lagu ‘Redha’ nyanyian Irfan Haris menggamatkan suasana dengan tepukan peminat setia mereka yang hadir memberikan sokongan.

 Kemunculan Arul (Sevendays) dan Chernice pula menyanyikan lagu ‘Setia Bersama’ ciptaan Yuri Edris, diikuti lagu ‘Ku Ke Udara Lagi’ gandingan bakat-bakat kelahiran RTM iaitu Rosario, Chernice dan Rushini.

 Setelah itu penyanyi Asmidar mengambil tempat mendendangkan lagu ‘Bahtera Merdeka’ dengan caranya yang tersendiri.

 Transisi kemeriahan konsert diteruskan dengan kemunculan Altimet sekali lagi menghiburkan dengan lagu popularnya, ‘Bangkit’.

 Antara artis yang ditunggu-tunggu termasuklah Misha Omar yang memukau penonton dengan ‘Di Sudut Kamar Hatiku’ dan duet dengan Hael Husaini menerusi lagu ‘Terimaku Seadanya’.

 Penampilan Syamel malam itu menyerlah dengan vokal yang mantap mendendangkan lagu ‘Lebih Sempurna’ dan lagu ‘Dirgahayu’ dinyanyikan bersama Ernie Zakri.

 Kemuncaknya ruang Auditorium digamatkan dengan persembahan mantap penuh bertenaga Dato’ M.

 Nasir yang menyampaikan lagu ‘Gerhana’ diikuti Dato’ Ramli Sarip menghiburkan peminat dengan lagu ‘Teratai’.

 Pentas konsert malam itu turut menyaksikan gandingan dua penghibur tersohor negara sepanjang zaman ini beraksi dengan lagu ‘Mentera Semerah Padi’.

Advertisement