Anda di sini

Didakwa guna surat cuti sakit palsu penjawat awam mengaku tidak bersalah

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan pada 19 Jun tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Suhanizah Budin selepas mengaku tidak bersalah.

Pertama, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat cuti sakit, yang diketahuinya sebagai palsu.

Kesalahan itu dilakukan pada 29 Jun tahun ini jam 8 pagi hingga jam 5 petang, di Hospital Queen Elizabeth 1, di sini.

Kedua, tertuduh didapati melakukan kesalahan sama pada 6 April tahun ini jam 8 pagi hingga 5 petang, di tempat sama.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 455 kanun sama, boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu, peguam Nor Azmie memberitahu anak guamnya seorang penjawat awam dan masih bekerja.

Sementara menunggu kes itu selesai, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Advertisement