Anda di sini

Tragedi awal pagi

Advertisement

Polis kesan suspek bantu siasatan kes bunuh seorang lelaki.

 Mangsa ditemui mati dipercayai akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Abang Abdul Rahim, semalam.
TERBUJUR KAKU: Mangsa ditemui mati dipercayai akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Abang Abdul Rahim, semalam.

KUCHING: Polis kini sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Jalan Abang Abdul Rahim awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata mangsa dikenali sebagai Shamsul Hipni ditemui dalam keadaan terbaring di tepi jalan dengan kesan cedera di kepala dan badan.

Menurutnya, mangsa sebelum itu dikatakan berada di sebuah pusat hiburan dan dipercayai berlaku pergaduhan dengan sekumpulan lelaki di premis yang sama.

Insiden itu berlarutan sehingga mangsa terpaksa bertindak melarikan diri ke luar premis lalu dikejar lebih 10 lelaki.

Mangsa dari Bandar Baharu Samariang itu lari ke arah kawasan semak berhampiran tempat kejadian kira-kira 300 meter dari premis hiburan itu.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami luka di kepala dan badan dipercayai dipukul dengan senjata tajam.

Bagaimanapun mangsa yang berusia 41 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang tiba di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, saksi kejadian yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi.

Ketika kejadian, saya nampak seorang lelaki dikejar sekumpulan lelaki, pada mulanya saya tidak menyangka insiden gaduh itu berpunca di premis hiburan tersebut,” katanya.

Curiga dengan kejadian itu, saksi dikatakan cuba mencari mangsa di kawasan berhampiran kerana menyangka sesuatu yang buruk berlaku.

Apabila melalui lorong di bangunan rumah kedai di jalan tersebut, mangsa dikatakan terbaring dan tidak sedarkan diri.

 Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
MATI: Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
  • oleh
  • Advertisement