Anda di sini

Senaman Sihat 10,000 Langkah galak gaya hidup sihat

Advertisement
 Para peserta merakam gambar kenangan bersama sebelum meneruskan aktiviti berjalan kaki.
KENANGAN MANIS: Para peserta merakam gambar kenangan bersama sebelum meneruskan aktiviti berjalan kaki.

DALAM menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tuna/Gumaya/Benuas dengan kerjasama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Benuas menganjurkan Program Senaman Sihat 10,000 Langkah di kampung itu baru-baru ini.

Pengerusi KKRT Tuna/Gumaya/Benuas Adrus Tahir berkata program berkonsepkan kesihatan ini diadakan bagi menyuburkan gaya hidup sihat di peringkat kampung.

Kita mahu menggalakkan penyertaan masyarakat khususnya penduduk kampung dalam aktiviti kecergasan, mengukuhkan pelaksanaan kempen berjalan 10,000 langkah selain membudayakan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Menurutnya, menjaga kesihatan perlu dilakukan sejak peringkat usia muda lagi sejajar dengan pepatah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

Seramai 90 peserta memeriahkan program itu.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk senamrobik, cabutan bertuah dan berjalan kaki.

  • oleh
  • Advertisement