Anda di sini

Korban protes Venezuela kini hampir 50

Advertisement
 Penunjuk perasaan pembangkang membakar Figuera yang dituduh sebagai ‘Chavist’ atau pencuri semasa mengadakan protes anti-Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar AFP
PERGOLAKAN SIVIL: Penunjuk perasaan pembangkang membakar Figuera yang dituduh sebagai ‘Chavist’ atau pencuri semasa mengadakan protes anti-Maduro di Caracas, kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Seorang penunjuk perasaan muda telah meninggal dunia akibat kecederaan terkena tembakan di bahagian dadanya, menambahkan kepada seramai 48 orang yang terbunuh dalam bantahan selama tujuh minggu menentang Presiden Venezuela Nicolas Maduro, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Presiden telah secara peribadi mengecam satu serangan kejam terhadap seorang lelaki lain yang menurut beliau telah dianggap sebagai seorang penyokong kerajaan semasa salah satu dari beberapa tunjuk perasaan besar-besaran di sekitar negara pada Sabtu lepas menuntut bagi pilihan raya awal.

Lelaki tersebut, dikenali sebagai Orlando Figuera, 21, telah dipukul, ditikam dan dibakar.

Figuera telah dimasukkan ke hospital dengan kecederaan melecur peringkat pertama dan kedua untuk separuh badannya, dan bagi enam kecederaan akibat tikaman pisau.

Kematian berlaku sebelum itu di bandar barat Valera. Pejabat peguam negara menyatakan penyerang bersenjata di sana telah melepaskan tembakan pada Sabtu lepas dalam satu tunjuk perasaan antikerajaan.

Buat masa sekarang, (Edy Alejandro) Teran Aguilar telah mendapat satu tembakan di bahagian dada,” menurut pejabat itu dalam satu kenyataan.

Turut tercedera dalam kejadian tembak-menembak adalah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dan seorang wanita berusia 50 tahun, jelasnya.

Aguilar pula berusia 23 tahun.

Di beberapa buah bandar, bantahan bertukar menjadi pertempuran di antara para penunjuk perasaan menuntut pilihan raya bagi menggantikan Maduro,  dan pasukan polis dan tentera kerajaan.

Kegilaan yang semakin bertambah. Seorang manusia telah dibakar dalam satu ‘tunjuk perasaan secara aman’ oleh pihak pembangkang di Caracas,” Menteri Maklumat Venezuela Ernesto Villegas menyatakan di dalam Twitter, menghantar satu video mengenai insiden Figuera.

Pejabat pendakwa raya menyatakan ia telah membuka satu siasatan.

Maduro mempersalahkan ketua kumpulan tentera upahan bagi keganasan dan menyatakan beberapa orang daripada mereka telah dipenjarakan.

Serta beliau mengulas aduan sebelum itu bahawa Presiden AS Donald Trump sebagai dalang bagi masalah di negara ini.

Datuk badar bagi sebuah pekan kecil di bahagian barat Caracas menyatakan 46 orang telah tercedera dalam bantahan pada Sabtu lepas, sementara di subbandar San Antonio Los Altos di Caracas seorang belia telah tercedera akibat tembakan senjata, gabenor pembangkang  bagi wilayah Miranda berkata.

Sejak bantahan bermula pada 1 April, beratus-ratus orang telah tercedera dan kira-kira 2,200 orang telah ditahan, 161 daripada mereka telah dipenjarakan di atas arahan mahkamah tentera, Foro Penal, sebuah badan pemerhati bukan kerajaan berkata.

Tujuh dari 10 orang Venezuela menolak kepimpinan Maduro, menurut kepada tinjauan persendirian, di sebalik kehancuran ekonomi tersebar berpunca dari kejatuhan pada harga minyak, ketua sumber hasil Venezuela, pada 2014. — AFP

Advertisement