Anda di sini

19 disahkan maut, 59 cedera dalam letupan di Manchester

Advertisement

LONDON: Seramai 19 mangsa disahkan terbunuh manakala sekurang-kurangnya 59 yang lain dilaporkan cedera dalam insiden letupan di Manchester Arena, menurut agensi berita China Xinhua yang memetik laporan Sky News, Selasa.

Perkhidmatan Ambulan Barat Laut NHS Trust berkata mereka telah menghantar 59 mangsa letupan ke beberapa buah hospital dan turut memberi rawatan kepada mangsa yang cedera di lokasi kejadian.

Pihak polis pada Selasa mengesahkan letupan berlaku di luar Manchester Arena, sejurus selepas konsert pada malam Isnin, berakhir.

Terdahulu, Ketua Polis Greater Manchester Konstabel Ian Hopkins mengesahkan 19 terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 mangsa menerima rawatan di enam hospital sekitar Greater Manchester. - BERNAMA

 Polis forensik memeriksa Manchester Arena di Manchester, Britain. - Foto REUTERS
LETUPAN: Polis forensik memeriksa Manchester Arena di Manchester, Britain. - Foto REUTERS
Advertisement