Anda di sini

1,852 anggota baharu pga disasar tamat latihan asas

Advertisement
 Mohammad Sabtu melawat kem Batalion ke-14 Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Tawau semalam. — Gambar Bernama
BERSEMANGAT: Mohammad Sabtu melawat kem Batalion ke-14 Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Tawau semalam. — Gambar Bernama

TAWAU: Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohamad Sabtu Osman menyasarkan 1,852 anggota baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara dapat menamatkan Latihan Kursus Asas PGA selewatnya, awal tahun hadapan.

Beliau berkata latihan itu penting kerana menerusinya anggota PGA akaN dilatih dengan kemahiran asas teknik penugasan PGA dalam aspek peperangan menentang insurgensi, peperangan konvensional dan ketenteraman awam.

Tahun ini kami cuba melatih 800 anggota bagi siri 1, 2 dan siri 3 di Pulapol, Sarawak dan baki anggota kami harap dapat latih pada tahun hadapan.

Asas PGA ini adalah wajib supaya mereka ini tahu ilmu peperangan di hutan untuk melengkapkan diri mereka kerana mereka ini anggota baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat sempena lawatan kerja beliau ke Batalion 14 PGA Tawau di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Sabtu berkata kerja-kerja pembinaan untuk kem PGA Batalion 20 di Beluran, Sandakan akan dimulakan pada September tahun ini.

Kem itu akan dibina di Kampung Cahaya, Beluran,” katanya lagi.

Sementara itu, katanya rondaan di perairan dan darat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, penambahan aset bot termasuk pesawat akan dipertimbangkan jika ada kepentingan terutamanya kepada pasukan marin di negeri ini. — Bernama

Advertisement