Anda di sini

Keputusan AS muktamad, TPP-11 resah

Advertisement
 Menteri-menteri perdagangan menghadiri sidang akhbar semasa mesyuarat Menteri Bertanggungjawab Untuk Dagangan APEC (APEC MRT 23) di Hanoi, semalam. — Gambar AFP
SUKAR SEPAKAT: Menteri-menteri perdagangan menghadiri sidang akhbar semasa mesyuarat Menteri Bertanggungjawab Untuk Dagangan APEC (APEC MRT 23) di Hanoi, semalam. — Gambar AFP

Sidang kemuncak APEC gagal persetujui kenyataan bersama ekoran polisi Trump

HANOI: Amerika Syarikat (AS) menolak kemungkinan untuk kembali semula kepada perjanjian dagangan Kerjasama Trans Pasifik (TPP) dan menegaskan semalam bahawa ia hanya mahukan perjanjian dua hala di Asia, tatkala Jepun dan negara anggota lain bersetuju untuk berunding lanjut bagi meneruskan sendiri TPP.

 Pergolakan mengenai rundingan dagangan global tersebut nyata menonjol pada mesyuarat negaranegara Kerjasama Asia Pasifi k (APEC) yang gagal mempersetujui kenyataan ber sama seperti mana ke laziman selepas AS menentang penggunaan terma dagangan bebas dan antiperlindungan.

 Mesyuarat di Hanoi, Vietnam merupakan perhimpunan dagangan global terbesar sejak Presiden Donald Trump menghuruharakan orde lama dengan polisi dagangan ‘America First’ yang mengutamakan rakyatnya sendiri.

 Pengunduran AS daripada TPP merupakan antara arahan eksekutif pertama di tandatangani Trump sejurus memegang jawatan, namun sebelas negara anggota lain bersetuju di Hanoi untuk meneruskan TPP, sebahagiannya dengan harapan AS akan mempertimbang semula keputusannya.

 Perwakilan baharu dagangan AS Robe r t Lighthizer menegaskan keputusan AS muktamad.

 “TPP-11 boleh membuat keputusan mereka sendiri dan AS akan membuat keputusannya sendiri, tetapi kami menjangka untuk terus terlibat dan saya percaya kita boleh mengusahakan siri perjanjian dua hala dengan rakan-rakan kongsi di wilayah ini,” katanya pada sidang akhbar.

 Walaupun anggota TPP memas t ikan per janj ian dagangan itu diteruskan, me r e k a k e k u r a n g a n komitmen sepenuhnya untuk melaksanakannya sertamerta dengan perjanjian yang turut dilihat sebagai cara untuk mengekang kemaraan China.

 “Sebelas negara telah menunjukkan perpaduan dan ke ing inan untuk meneruskan keseimbangan yang diperlukan untuk melaksanakan perjanjian tersebut,” kata Menteri Dagangan New Zealand Todd McClay yang mengetuai perbincangan.

 Salah satu cabaran utama adalah mengekalkan penyertaan Vietnam dan Malaysia , yang suda h menandatangani perjanjian dan berikar untuk melaksanakan reformasi besar-besaran khususnya untuk mengakses pasaran AS dengan lebih baik, di mana mereka kini menuntut penilaian semula sesetengah aspek.

 Volum dagangan antara sebelas negara itu tidak sampai suku tahap yang diingini sekiranya AS masih kekal dalam TPP.

 Para pegawai dari negaranegara TPP akan bertemu lagi di Jepun pada Julai dan membawa kertas cadangan pada November, tambah McClay.

 Kebimbangan terhadap polisi perlindungan memuncak sejak Trump berkuasa dan perhimpunan di Hanoi tidak mampu mengekangnya.

 Keny a t a an da r ipada pengerusi rundingan Vietnam menyatakan komitmen untuk mempromosi liberalisasi dagangan dan pelaburan yang menyebut kedua-dua terma dagangan bebas dan antiperlindungan, namun kenyataan berasingan daripada semua anggota mengenai tindakan yang akan diambil selepas sidang tersebut tidak mengandungi komitmen sedemikian.

 Keadaan ini turut dilihat semasa perhimpunan Kumpulan 20 dan Kumpulan Tujuh ketua-ketua kewangan di mana kenyataan diselaras dengan agenda baharu AS.

 Menjelaskan penentangan AS terhadap penggunaan terma perlindungan, Lighthizer mendakwa terma itu dikelirukan dengan langkah yang benar-benar diperlukan untuk melaksanakan dagangan bebas.

 “Kami berpendapat bahawa kami mahukan dagangan bebas dan adil, satu sistem yang menjurus kepada pasaran yang lebih efi sien di seluruh dunia,” katanya.

 Pada acara sampingan mesyuarat APEC, Lighthizer mengadakan siri mesyuarat empat mata dengan rakanrakan kongsi utama bagi mendorong perjanjian dua hala.

 — Reuters

Advertisement