Anda di sini

Zizan & SonaOne bergabung bersama hasilkan ‘Chentaku’

Advertisement
__alt__

SELEPAS kejayaan beberapa buah lagu nyanyiannya termasuk ‘Bawaku Pergi’ (nyanyian bersama Kaka Azraff) dan juga ‘Infi niti Cinta’ (feat. Kaka Azraff), Zizan Razak kembali lagi dengan satu kolaborasi baharu.

 Kali ini, Zizan telah bergabung dengan SonaOne untuk single terbaru berjudul ‘Chentaku’.

 Sebuah kolaborasi yang mantap ini pastinya akan menarik ramai pendengar untuk mendengar lagu yang mempunyai rentak ‘fresh’ dan up beat ini.

 Memilih genre hip-hop kerana ia lebih menepati citarasa Zizan dan bersesuaian dengan aliran masa kini.

 Lagu yang menceritakan seorang jejaka yang jatuh cinta pada pandangan pertama dan cuba untuk mengenali gadis ini, namun cinta itu hanya dari jauh dan apabila bertemu buat pertama kali perasaan malu itu menguasai diri masingmasing.

 ‘Chentaku’ ini merupakan sebuah lagu hasil ciptaan oleh SonaOne, manakala Joe Flizzow selaku eksekutif produser dan lirik pula oleh Joe Flizzow dan Zizan sendiri.

 Nama Zizan Razak bukan satu nama yang asing dalam industri seni tanah air Malaysia.

 Kariernya bermula apabila beliau menyertai program terbitan Astro iaitu Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007 dan memenangi tempat kedua.

 Kemudian, beliau melebarkan bakatnya pula ke bidang lakonan di mana beliau telah membintangi beberapa buah fi lem dan drama antaranya ‘Cicakman 3’, ‘Polis Evo’, ‘KL Gengster 2’ dan ‘Oh My Ganu’.

 Bakatnya tidak terhenti di situ sahaja kerana beliau telah ditawarkan pula untuk menjadi pengacara bagi program Akademi Fantasia 2015, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 2015/2016, Anugerah MeleTOP Era 2015 dan banyak lagi.

 Bakat Zizan kemudian mula dikupas satu persatu dimana beliau berkebolehan untuk ‘rapping’.

 Tidak hairanlah mengapa Zizan mempunyai ramai pengikut dan peminat di Instagram sehingga mencecah 4.1 juta followers kerana beliau merupakan seorang individu yang mempunyai bakat dan kebolehan yang luar biasa.

 Mikael Adam Lozach atau lebih dikenali sebagai SonaOne, pula merupakan seorang penyanyi, komposer dan rapper generasi baru yang kini semakin mendapat tempat di hati para pendengar tempatan.

 Mula dikenali apabila beliau digandingkan bersama rapper terkenal Joe Flizzow dalam lagu ‘Havoc’ dan ‘Apa Khabar’ pada tahun 2014 hingga lagu tersebut dinobatkan sebagai Juara di Anugerah Juara Lagu ke-29.

 Beliau juga telah memecah rekod menerusi lagu ‘No More’ di mana lagu tersebut merupakan sebuah lagu Inggeris dan hip-hop pertama yang memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM- 21).

 Teristimewa buat peminat Zizan dan SonaOne, lagu ‘Chentaku’ ini merupakan hasil usahasama Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd dan Warner Music (M) Sdn Bhd.

 Ia juga merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan kini boleh distrim di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Advertisement