Anda di sini

Terus jadi medan maut

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa yang dilanggar sebuah kereta semasa keluar dari satu persimpangan di Jalan Tun Jugah, semalam.
REMUK: Keadaan motosikal mangsa yang dilanggar sebuah kereta semasa keluar dari satu persimpangan di Jalan Tun Jugah, semalam.
 Peserta konvoi yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
TRAGIS: Peserta konvoi yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

  Dua lelaki termasuk seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi terbunuh dalam dua kemalangan berasingan.

KUCHING: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan parah dialaminya selepas terlibat dengan kemalangan di Jalan Tun Jugah di sini, semalam.

Mangsa ialah Ramrao Chinapaya berusia 56 tahun dan berasal dari Lorong Ketitir, Skim Penempatan Batu Kawa.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dikatakan keluar dari satu simpang menyebabkan sebuah kereta yang bergerak lurus dari arah Simpang Tiga tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa sekitar jam 2 pagi.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan diberikan rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Zon Merah Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, sekitar jam 8.40 pagi tadi (semalam), keluarga mangsa memaklumkan mangsa yang masih menerima rawatan di HUS disahkan meninggal dunia,” kata sumber.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HUS untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara dalam kejadian berasingan, konvoi motosikal berkuasa tinggi berakhir tragedi apabila seorang daripada pesertanya terbunuh selepas terlibat dengan kemalangan berdekatan Kampung Sebilis, Lundu dekat sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kok Pin Kong berusia 62 tahun dan berasal dari Kuching.

Mangsa semasa kejadian dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan sehingga menyebabkan dia tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

  • oleh
  • Advertisement