Anda di sini

Peluang menang percutian ke Shanghai

Advertisement
 Ling (tiga kiri), Tang (tiga kanan) dan Alexander (kanan) mempelawa pengunjung ke tapak pameran KTS Trading Sdn Bhd di Ekspo Perkayuan Sarawak dan PKS 2017, di BCCK hari ini sehingga Isnin ini.
KUNJUNGI KAMI: Ling (tiga kiri), Tang (tiga kanan) dan Alexander (kanan) mempelawa pengunjung ke tapak pameran KTS Trading Sdn Bhd di Ekspo Perkayuan Sarawak dan PKS 2017, di BCCK hari ini sehingga Isnin ini.

Sertai peraduan Promosi Rimula Global bermula sekarang hingga 31 Julai depan

KUCHING: Pelanggan setia minyak pelincir Shell berpeluang memenangi hadiah percutian ke Shanghai, China menerusi peraduan Promosi Rimula Global yang bermula sekarang sehingga 31 Julai depan.

 Shell merupakan pembekal minyak pelincir terbesar dunia untuk 10 tahun berturutturut, malah keberadaannya di Malaysia telah mencecah 126 tahun.

 Menjadi salah satu pengedar utama Shell di Sarawak, KTS Trading Sdn Bhd telah mengedar minyak pelincir Shell sejak 48 tahun lalu.

 Untuk itu, pelanggan boleh berkunjung ke tapak pameran KTS Trading Sdn Bhd di Ekspo Perkayuan Sarawak dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) 2017 yang berlangsung bermula Jumaat lalu sehingga esok hari (Isnin) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari jam 10 pagi hingga 9 malam dan membuat sebarang pembelian minyak pelincir Shell yang ditawarkan di sana sekali gus melayakkan pelanggan untuk mendapat borang penyertaan.

 Promosi Rimula Global tahun ini dimulakan di Kuching, diikuti cawangan Miri pada 10 Jun dan Paragon Mall Bintulu (17 Jun) dan berakhir di cawangan Sibu.

 “Seramai 12 pemenang bertuah daripada Promosi Rimula Global ini berpeluang memenangi percutian ke Shanghai, China dan melawat Pusat Teknologi Shell di Shanghai.

 Justeru, jangan lepaskan peluang keemasan ini,” kata Kanan Bahagian Produk Perindustrian KTS Trading Sdn Bhd Ling Leong King ketika ditemui pemberita.

 Dalam pada itu, Shell sekali lagi menunjukkan kepimpinannya dalam pasaran dengan memperkenalkan dua minyak enjin diesel bagi penggunaan berat yang baharu dinaik taraf iaitu Rimula R5 LE 10W/40 (separa sintetik) dan Rimula R6 LM 10W/40 (sintetik penuh) berdasarkan teknologi ‘Dynamic Protection Plus’ yang menggabungkan teknologi ‘PurePlus’ (minyak asas) dengan teknologi ‘Adaptive Additive’.

 Rangkaian baharu Rimula itu menggunakan proses gas-ke-cecair yang moden untuk menukar gas asli bagi menghasilkan minyak asas yang bersih dan tulen daripada pencemaran selain memastikan kelikatan yang optimum, perlindungan daripada kelusuhan dan kestabilan.

 Untuk mengetahui lanjut mengenai peraduan ini sila layari www.shell.com.my/RimulaGP atau hubungi pejabat KTS Trading Sdn Bhd Cawangan Kuching di talian 082-245245.

 Turut hadir ialah Pengurus KTS Trading Cawangan Kuching Tang Lee Woo dan Pengurus Pemasaran Pengagihan KTS Trading Alexander Chieng.

  • oleh
  • Advertisement