Anda di sini

Buruh maut dalam nahas jalan raya di Jalan Labuk

Advertisement

SANDAKAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Batu 21 Jalan Labuk dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di tempat kejadian.

Katanya penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 30 tahun, bekerja sebagai buruh mati di tempat kejadian.

Menurutnya siasatan polis di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan jenis Nissan Navara yang dalam perjalanan ke arah Telupid telah hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan  sehingga melanggar motosikal yang ditungganggi mangsa.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes  disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Azhar berkata orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu Nissan Navara tersebut diminta tampil membantu dalam siasatan kes dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Zabir Aripin di talian 089-212222. - BERNAMA

Advertisement