Anda di sini

Rempuhan berdarah di Times Square NY

Advertisement
 Kereta yang merempuh pejalan kaki dan kemudian terbabas dilihat terdampar di laluan jalan kaki di Times Square di New York kelmarin. — Gambar Reuters
GEMPAR: Kereta yang merempuh pejalan kaki dan kemudian terbabas dilihat terdampar di laluan jalan kaki di Times Square di New York kelmarin. — Gambar Reuters

NEW YORK: Seorang vete-ran Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai rekod jenayah lampau – namun tanpa motif keganasan yang ketara – memandu sebuah kereta dan merempuh pejalan kaki di Times Square di New York (NY) kelmarin, membunuh seorang wanita muda dan mencederakan 22 yang lain.

Insiden pada tengah hari itu menimbulkan kebimbangan di bandar paling ramai penduduk di AS selepas serangan rempuhan kereta di London, Berlin dan bandar Nice di Perancis, namun pihak berkuasa berkata tiada bukti bahawa nahas itu berkaitan dengan keganasan.

Times Square, bersebelahan dengan daerah teater terkenal Broadway, adalah salah satu tarikan pelancong paling terkenal di bandar utama kewangan AS dan di mana polis mempertingkat rondaan sejak bom kereta dipasang pada 2010.

“Berdasarkan maklumat yang kami perolehi setakat ini, tiada petunjuk bahawa ini adalah tindakan keganasan,” Datuk Bandar Bill de Blasio memberitahu pada sidang akhbar di tempat kejadian.

“Seperti yang dinyatakan, kami sudah memperkukuh beberapa lokasi utama di sekitar bandar dengan unit antikeganasan dari NYPD untuk keadaan berjaga-jaga, kawasan utama di bandar akan mendapat liputan tambahan daripada polis,” tambah beliau.

Richard Rojas, berusia 26 tahun dari Bronx – pernah ditahan dua kali sebelum ini kerana memandu dalam keadaan mabuk, memandu kereta Honda di atas laluan jalan kaki pada jam 11.55 pagi waktu tempatan, melanggar pejalan kaki sejauh kira-kira tiga blok pada kelajuan yang tinggi, menurut polis.

Kereta itu kemudian melanggar tiang besi dan me-rempuh sehingga tempat perhentian di 45th Street and Broadway, kata polis.

Kereta itu terbalik ke baha-gian tepinya, mengeluarkan asap dan api dari bahagian hud ketika mangsa yang tercedera terbaring di atas jalan.

Seorang wanita berusia 18 tahun terbunuh dan 22 mangsa lain tercedera, termasuk adik perempuan wa-nita tersebut berusia 13 tahun, kata pihak berkuasa. Empat mangsa lain berada dalam keadaan kritikal.

Beberapa saksi mencerita-kan tentang ketakutan dan keadaan panik apabila kereta itu merempuh pejalan kaki pada awal waktu makan tengah hari ketika orang ramai menikmati salah satu hari pertama pada musim panas di sebuah kawasan yang biasa-nya dipenuhi dengan pelancong dan pekerja pejabat.

“Terdapat sebuah kereta berwarna merah tua yang bergerak dengan kelajuan tinggi. Ia kelihatan seperti ia sedang cuba melanggar semua orang,” saksi Annie Donahey memberitahu AFP.

“Terdapat orang di atas hud kereta yang terhumban ke bahagian tepi dan gadis yang berjalan di sebelah saya...ber-ada di atas timbunan di atas jalan, dan beliau jelas sudah meninggal dunia, dan ia berlaku dengan begitu pantas,” tambahnya.

Rojas ditangkap dan akan diperiksa untuk penggunaan dadah dan alkohol, kata polis.

“Suspek berada dalam tahanan. Dia adalah rakyat AS dan bekas anggota pasukan keselamatan dengan Tentera Laut AS,” De Blasio memberitahu wartawan.

Polis New York berkata Rojas ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2008 dan 2015, dan ditahan pada awal bulan ini kerana meng-ancam.

Tentera Laut AS berkata dia berkhidmat dari September 2011 hingga Mei 2014, mendapat pangkat pelatih anggota bomba bagi juru-elektrik. Dia dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Pertahanan Nasional, dan pernah ditugaskan di Florida, Illinois dan Carolina Selatan.

Broadway mengumumkan pertunjukan akan diadakan seperti yang dijadual kelmarin namun menggesa penonton teater memberi masa tambahan untuk tiba “disebabkan oleh siasatan yang aktif” di kawasan Times Square dan penutupan jalan raya.

Sebatang bom paip meletup pada September lepas di kawasan kejiranan Chelsea di  New York, mengakibatkan kecederaan ringan kepada 31 orang dalam insiden yang berkaitan dengan keganasan di New York. Seorang rakyat AS berketurunan Afghanistan, Ahmad Khan Rahimi, telah didakwa.

Times Square adalah kawasan amaran keselamatan paling serius di New York sejak serangan 11 September, 2001 selepas Faisal Shahzad, seorang pendatang Pakistan, meletakkan bom kereta di simpang pada 1 Mei, 2010.

Bomnya gagal meletup dan dia ditangkap sejurus selepas menaiki pesawat ke Timur Tengah.

Dia mengaku bersalah dan menyatakan tindakannya itu adalah untuk membalas dendam terhadap kemati-an akibat misil AS yang dilepaskan dari dron-dron yang beroperasi di Pakistan. Dia kemudian dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. — AFP

Advertisement