Anda di sini

Kumpulan Sevendays juara Rentak Juara RTM 2017

Advertisement
 Kumpulan Sevendays dinobatkan juara dalam Pertandingan Akhir Rentak Juara 2017 yang berlangsung baru-baru ini.
JUARA: Kumpulan Sevendays dinobatkan juara dalam Pertandingan Akhir Rentak Juara 2017 yang berlangsung baru-baru ini.

KUMPULAN Sevendays dinobatkan juara dalam Pertandingan Akhir Rentak Juara 2017 yang berlangsung baru-baru ini sekaligus menewaskan empat kumpulan lain.

Kemenangan ini melayakkan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000 berserta trofi.

Tempat kedua menjadi milik Kumpulan Super Massive manakala Kumpulan Xzotic di tempat ketiga yang masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM15,000.

Sementara itu kategori Persembahan Terbaik menjadi milik kumpulan Xzotic dengan pulangan hadiah wang tunai bernilai RM5,000.00. Dua kumpulan lagi, Doubleshoes dan Reuz menerima hadiah saguhati setiap kumpulan RM3,000.00.

Program yang dihoskan Luqman Hafiz, Nadzmi Adhwa dan Odey Petra ini menampilkan empat orang juri terdiri daripada Dato’ Mokhzani Ismail (Ketua Juri), Akim & The Majistret, Jennifer Thompson dan Aznan Alias.

Persembahan kumpulan Sevendays yang dianggotai oleh Arul, Manja, Tuah, Boy dan Amm nyata memukau penonton dan penyokong mereka dengan lagu ‘Sekadar di Pinggiran’ dan ‘Jaga Dia Untukku’ yang dinyanyikan bersama penyanyi Sharifah Zarina. Istimewanya mereka buat pertama kalinya menyanyikan lagu baharu mereka bertajuk ‘Memori’.

Sementara itu, Kumpulan Super Massive yang mempertaruhkan lagu ‘Penantian’ dan ‘Dirgahayu’ duet bersama Farawahida turut berjaya menambat hati juri dengan persembahan bertenaga mereka. Penyampaian lagu baharu mereka bertajuk ‘Bangkitlah Cinta’ mendapat sambutan hangat penonton yang memenuhi Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Kumpulan Xzotic yang menang berganda dengan tempat ketiga dan persembahan terbaik pula menyerlah dengan lagu ‘Tiara’ dan ‘Ah Rindu Lagi’ bersama artis undangan Shiha Zikir.

Mereka turut menggunakan pentas akhir dengan penyampai lagu ‘Catur’ yang merupakan single terbaharu mereka.

Turut bertanding kumpulan Doubleshoes menyampaikan lagu ‘Biarkanlah’ dan ‘Ombak Rindu’ menampilkan duet bersama Adi 6ixth Sense di samping lagu baharu bertajuk ‘Puja’. Satu kumpulan lagi Reuz bertanding dengan lagu ‘Menaruh Harapan’ dan ‘Raikan Cinta’ duet bersama Ameer Sofarz juga lagu baharu,‘Mahar’.

Pada pentas akhir itu penyanyi Ella, May dan Akim & The Majistret turut membuat persembahan.

Advertisement