Anda di sini

Ekspo Perkayuan Sarawak dan PKS 2017 platform sesuai pamer produk

Advertisement
 Simon teruja menyertai Ekspo Perkayuan Sarawak dan PKS 2017 selama empat hari.
TIDAK KETINGGALAN: Simon teruja menyertai Ekspo Perkayuan Sarawak dan PKS 2017 selama empat hari.

KUCHING: Program yang dianjur kerajaan seperti Ek­spo Perkayuan Sarawak dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) 2017 yang berlang­sung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sehingga Isnin ini disifat sebagai platform bersesua­ian untuk pengusaha pernia­gaan mempamerkan produk masing-masing.

Menurut salah seorang pe­niaga PKS, Mit Sita, 49 yang berasal dari Kampung Kudei Baru Iban, di sini, penyer­taannya dalam ekspo tersebut adalah bertujuan menjual dan mempamer produk yang diusahakannya.

“Saya memuji langkah yang yang dijalankan kerajaan yang menyediakan program seumpama ini yang mana ia memberi peluang kepada pe­niaga dan pengusaha produk seperti kami untuk menjual dan mempamer produk.

“Jika sebelum ini saya dan ahli Persatuan Wanita Kampung Kudei Baru Iban hanya menghasilkan tetapi tidak menjual produk, oleh sebab itu kami sangat bert­erima kasih diberi peluang menyertai ekspo ini.

“Dengan itu, saya meng­harapkan kami dapat maju ke hadapan dan produk yang di­hasilkan dikenali sekali gus men­ingkatkan pendapatan kami,” katanya ketika ditemui pember­ita, di BCCK, semalam.

Pada ekspo itu, Mit mem­pamer dan menjual manik seperti rantai manik moden, ‘marik empang’ asli dan moden serta beg, tikar dan bakul yang diperbuat daripada tali plastik.

Sementara itu, Pengarah Urusan Poly-Poxy Coatings Vietnamco.LTD Simon Kuek memberitahu, ekspo tersebut memberi peluang kepada pemain industri perkayuan seperti pihaknya untuk mem­beritahu dan memaklumkan pengunjung mengenai perusa­haan yang dijalankan.

“Kami sebagai pemain industri mengambil peluang sedia ada menerusi ekspo ini untuk menerangkan kepada orang ramai, apakah yang dijalankan oleh kami.

“Ia termasuklah men­erangkan mengenai produk-produk yang kami hasilkan yang memenuhi permintaan masyarakat termasuklah per­abot perkayuan dan macam-macam lagi,” jelasnya.

Manakala bagi Ketua Pem­bangunan Perniagaan Citra Baru Busana dari Bandung Indonesia Susilo pula berkata, pihaknya begitu teruja meny­ertai ekspo itu selain memuji Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atas sifat ambil berat dan sokon­gannya ke arah pembangunan PKS terutama di negeri ini.

“Kami di sini untuk men­cari ejen yang boleh melebar­kan lagi produk buluh kami di Sarawak sekali gus men­ingkatkan perniagaan dalam perusahaan dan industri ini.

“Selain itu, kami juga mahu mempromosi material beras­askan buluh kerana ia adalah bebas bakteria selain memiliki ciri serapan peluh yang tinggi dan mesra alam.

“Ini amat bersesuaian un­tuk dijadikan sebagai mate­rial baju-T dan stokin, dan produk ini juga menjadi pilihan ramai kerana tidak berbau dan disifatkan sebagai produk sihat kerana ia mampu menyerap peluh,” jelasnya.

Dalam ekspo tersebut, sebanyak 494 gerai jualan daripada 280 pempamer dari dalam dan luar negara seperti Vietnam, Korea, China, India dan Indonesia mempamerkan pelbagai produk mereka.

Manakala 150 usahawan PKS juga mengadakan pa­meran serta jualan bagi produk-produk tempatan dari pelbagai kategori seperti makanan, minuman dan hasil kraf tangan.  

  • oleh
  • Advertisement