Anda di sini

10 finalis rebut gelaran CATS FM Kumang Gawai Darlie 

Advertisement

SERAMAI 10 finalis dipilih untuk bersaing merebut gelaran CATS FM Kumang Gawai Darlie di Pusat Beli-belah Summer Mall di Kota Samarahan pada 21 Mei ini, dari jam 2 hingga 5 petang.

Program sulung anjuran CATS FM dengan kerjasama Darlie itu menyaksikan semua finalis terdiri daripada kalangan pelajar yang merupakan antara 150 peserta dari seluruh negeri menghantar penyertaan.

Finalis-finalis ialah Ellyka Elvis, 21, berbangsa Melanau; Maria Madelina Sujie, 21, Iban; Ezra Eddy, 22, Iban; Balannie Sulan Emong, 20, Iban; Sharmela Arasu, 21, Bidayuh; Priscilla John Pillai, 23, Iban; Viviana Lin Winston, 18, Iban; Aileen Damiles, 20, Iban; Claudia Jara Luke, 20, Iban dan Ullia Ullanda Rumpang, 18, Iban.

Peserta yang berjaya ke final turut ditemu ramah di udara pada program ‘Antap Breakfast’ dan ‘Rentak Ruai’ dan mereka turut mengadakan beberapa aktviti bersama penganjur. 

Para finalis turut dibawa bertemu pendengar CATS FM di sekitar bandar raya bersama kru CATS Perodua Rangers.

Mereka juga akan terlibat dalam kerja amal bersama sukarelawan daripada Hope Place minggu ini.

Orang awam turut berpeluang mengundi peserta kegemaran mereka melalui laman media sosial CATS FM. 

Ratu CATS Kumang Gawai Darlie 2017 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, kain selempang dan trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM1,500 dan RM1,000 berserta kain selempang dan trofi.

Finalis juga berpeluang memenangi gelaran khas, Miss Darlie Smile di mana pemenang akan menerima hadiah barangan Darlie selama setahun. 

Untuk maklumat lanjut mengenai finalis CATS Kumang Gawai Darlie, layari www.catsfm.my.

Advertisement