Anda di sini

Jake sumbang sejadah kepada 26 surau di daerah Keningau

Advertisement
 Jake (lima kiri) menyerahkan sumbangan sejadah kepada Nizam. Turut kelihatan Balbir (enam kiri).
UNTUK KESELESAAN: Jake (lima kiri) menyerahkan sumbangan sejadah kepada Nizam. Turut kelihatan Balbir (enam kiri).

KENINGAU: Sebanyak 26 surau di daerah ini yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menerima sejadah yang disumbangkan oleh Ketua Exco Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jake Jikulin Nointin, baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan itu disempurnakan di kediaman Jake di Kolam Alab Luon Kampung Bariawa Laut, di sini.

Pegawai Penyelaras Masjid Daerah yang juga Pengerusi Surau-Surau daerah ini, Mohd Nizam Yayah telah menerima kain sejadah itu.

Semasa penyerahan itu, beberapa wakil pengerusi surau di sini telah hadir antaranya Surau Kampung Gaulan, Purakagis, Timbangon, Limbawan, Patikang, Lambangan, Sondoton Baru dan Padang Timbak.

Turut hadir pada majlis ringkas itu, Naib Presiden PBS Datuk Mohd Balbir Arjan.

Jake yang juga Ketua Bahagian PBS Liawan berharap dengan sumbangan itu, akan memudahkan lagi umat Islam yang melakukan ibadah puasa dalam bulan Ramadan ini untuk menunaikan kewajipan mereka di surau-surau dengan lebih selesa.

Sementara itu, Nizam menghargai dan berterima kasih kepada Jake atas sumbangan itu dan berharap ia dapat memberikan keselesaan kepada umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadan untuk menunai solat berjemaah dan Tarawih di surau-surau.

Advertisement