Anda di sini

Anak tikam, tetak bapa hingga mati

Advertisement

Suspek disyaki di bawah pengaruh dadah

TAWAU: Seorang bapa maut akibat ditikam dan ditetak oleh anaknya di rumah mereka di Kampung Sungai Gading 1 Wakuba, Jalan Apas di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau,  ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu, suspek berusia 27 tahun dikatakan telah bertengkar dengan mangsa Ali Nordin, 56,  yang berlarutan sehingga suspek bertindak menikam leher mangsa menggunakan pisau serta menetak kepala mangsa dengan parang.

Suspek kemudiannya bertindak menikam perutnya sendiri. Suspek turut disyaki di bawah pengaruh dadah semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Fadil berkata suspek mendapat rawatan di Hospital Tawau kerana pendarahan dalaman akibat tikaman pada dirinya itu.

Polis turut merampas pisau dan parang yang digunakan suspek. — Bernama

Advertisement