Anda di sini

AKSEM rampas rokok seludup bernilai RM169,086 di Kuala Kedah

Advertisement

ALOR SETAR: Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kuala Kedah merampas 290,600 batang rokok seludup pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM169,086 termasuk cukai yang dipercayai untuk dibekalkan kepada pasaran tempatan.

Timbalan Komander AKSEM Kedah, Noor Mohammed Shaik Alauddin berkata serbuan hasil risikan tidak sampai dua minggu itu diketuai Komander AKSEM  Kuala Kedah, Wan Mazlan Endut bersama enam anggota di sebuah rumah di Taman Merpati dekat sini kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Hasil pemeriksaan menemui 1,367 slop rokok (273,400 batang) pelbagai jenis dalam rumah tersebut dan 110 slop  (17,200 batang) lagi di dalam dalam kereta milik seorang suspek lelaki tempatan berusia 30-an yang merupakan penghuni rumah berkenaan. — Bernama

Advertisement