Anda di sini

SK Hardware adakan jualan tawaran produk lima hari

Advertisement

Menawarkan diskaun harga istimewa sehingga 70 peratus

 Pelbagai peralatan dan mesin, pembersih bertekanan tinggi dan pembersih hampagas jenama Bosch dijual di premis SK Hardware semalam.
JENIS: Pelbagai peralatan dan mesin, pembersih bertekanan tinggi dan pembersih hampagas jenama Bosch dijual di premis SK Hardware semalam.

BINTULU: SK Hardware Sdn Bhd menawarkan jualan besar-besaran selama lima hari bermula semalam (17 Mei) hingga Ahad (21 Mei) bertempat di premisnya di Medan Jaya Commercial Centre Jalan Tun Hussein Onn di sini.

 Pelbagai barangan dan kelengkapan pertukangan, barangan kelengkapan rumah serta pembinaan ditawar dalam jualan tersebut turut disertai CMW Engineering Corporation Sdn Bhd sebagai syarikat pengedar jualan peralatan dan mesin jenama Bosch.

 Penolong Pengurus Jualan CMW Engineering Corporation Sdn Bhd, Desmond Jong berkata, jualan besar-besaran tersebut diadakan setahun sekali merupakan jualan istimewa amat ditunggutunggu khasnya penduduk Bintulu dengan tawaran diskaun harga sehingga 70 peratus.

 “Jualan besar-besaran pada masa sama untuk pembeli yang membuat pembelian RM80 ke atas layak menyertai cabutan bertuah segera satu kali sehari menawarkan hadiah pertama televisyen 43 inci dan hadiah kedua peralatan pembersih bertekanan tinggi Bosch,” jelasnya di sini semalam.

 Beliau berkata, tawaran jualan itu sudah 10 tahun diadakan oleh pihak premis terbabit sejak tahun 2008.

 “Produk jualan utama ditawar untuk jenama Bosch ialah alat kuasa, bateri, pembersih bertekanan tinggi, set pengimpal bahan aluminium, besi dan sebagainya dengan tawaran harga istimewa di mana pembeli turut mendapat hadiah percuma pembelian peralatan itu,” katanya.

 Dalam pada itu, ketua pengurusan SK Hardware, Francis Law yang mewakili Pengarah SK Hardware Sdn Bhd, Law Siu Kee berkata, premis terbabit turut menawar jualan istimewa untuk produk cat jenama Dulux, KCC dan Nipon termasuk pelbagai peralatan lainnya.

 “Semua jualan istimewa peralatan tersebut adalah bermula dari 17 hingga 21 Mei,” katanya.

 Keterangan lanjut mengenai promosi jualan di SK Hardware Sdn Bhd tersebut boleh hubungi talian 086-333899 atau faksimile 086-337176.

  • oleh
  • Advertisement