Anda di sini

Sarawak julang Piala Tun Sharifah Rodziah ke-30

Advertisement
 Ketua pasukan Sarawak menjulang piala kemenangan Piala Tun Sharifah Rodziah edisi ke-30 di Stadium Miri.
JULANG: Ketua pasukan Sarawak menjulang piala kemenangan Piala Tun Sharifah Rodziah edisi ke-30 di Stadium Miri.

PADA 15 April lepas telah diadakan perlawanan akhir Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) edisi ke-30 menyaksikan pasukan Sarawak menentang Kedah.

Nasib berpihak kepada Sarawak pada kejohanan kali ini apabila diumumkan sebagai juara setelah menang 1-0 ke atas Kedah.

Seramai kira-kira 4,000 penonton datang menyaksikan perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Miri.

Cuaca yang dalam keadaan mendung pada hari tersebut memberi peluang kepada seluruh masyarakat Miri membanjiri stadium memberi sokongan terhadap pasukan Sarawak.

Kejohanan yang julung kali diadakan di Sarawak ini disifatkan sebagai penganjuran terbaik sepanjang tempoh 30 tahun.

Ini diakui sendiri oleh Ketua Jabatan Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia Normala Rashid.

 Kelihatan pasukan Sarawak masuk ke padang.
SEMANGAT: Kelihatan pasukan Sarawak masuk ke padang.
 Pasukan Sarawak menyanyikan lagu negeri          ‘Ibu Pertiwiku’ sebelum perlawanan bermula di Stadium Miri.
IBU PERTIWIKU: Pasukan Sarawak menyanyikan lagu negeri ‘Ibu Pertiwiku’ sebelum perlawanan bermula di Stadium Miri.
  • oleh
  • Advertisement