Anda di sini

Lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan sengaja cederakan isteri

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya.

Dickson Terang, 46, dari Sungai Kenyalang Pidek, Bekenu telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian belakang dan kesakitan ke atas isterinya, Liza Dema, 30.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 8.04 pagi, 25 April lalu di sebuah rumah sewa di Jalan Rantau Kemiding 2 Lusut, Taman Tunku di sini.

Di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarkan permohonan itu dan menetapkan 25 Mei ini untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh yang gagal mengemukakan wang jaminan diperintahkan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Advertisement