Anda di sini

Keningau dilanda banjir kilat, beberapa jalan raya dinaiki air

Advertisement
 Jalan Keningau-Tenom berhampiran Kampung Kauran Keningau dibanjiri air dari bahagian atas bukit.
SERING BERLAKU: Jalan Keningau-Tenom berhampiran Kampung Kauran Keningau dibanjiri air dari bahagian atas bukit.

KENINGAU: Hujan lebat selama satu jam sekitar jam 4.30 petang telah menye-babkan banjir kilat dan me-nenggelamkan kawasan rendah serta beberapa jalan raya di daerah ini pada Isnin.

Turut terjejas beberapa rumah yang turut ditenggelami air setinggi satu hingga dua kaki di kawasan perkampungan Ansip Tengah dalam kawasan Sook.

Beberapa jalan utama di daerah ini turut ditenggelami air iaitu jalan Keningau-Tenom berhampiran Kampung Kauran, jalan Kampung Muhibbah-Ulu Patikang, dan jalan Keningau-Apin-Apin di Bingkor By-Pass.

Beberapa kawasan di pusat bandar turut ditenggelami air dan dipercayai punca utama berlakunya banjir kilat pada setiap hujan lebat adalah sistem perparitan yang tidak berfungsi di samping pembetung yang turut tersumbat.

Bagaimanapun, tidak ada insiden yang tidak diingin berlaku dan pergerakan trafik berjalan seperti biasa.

Pegawai Daerah Yusop Osman memberitahu Jawatankuasa Bencana Alam telah mula digerakkan berhubung kejadian banjir itu.

Katanya, semua ketua jabatan kerajaan yang berkenaan telah melakukan pemantauan terhadap banjir kilat itu dan situasi adalah terkawal.

Banjir kilat yang berlaku di kawasan pusat bandar telah mula surut. Majlis Daerah Keningau telah menjalankan pemantauan ke semua parit di seluruh kawasan bandar bagi mengelak ada yang tersumbat,” katanya.

Sementara itu, banjir kilat yang berlaku di Kampung Ansip Tengah telah menyebabkan jalan raya ditenggelami air dan sebanyak 25 rumah penduduk di kampung itu telah dinaiki air.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sook Charles Ikang yang dihubungi kelmarin memberitahu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Sook Datuk Ellron Alfred Angin turut melakukan lawatan ke kampung itu pada jam 6 petang Isnin.

Katanya banjir sering berlaku di kawasan itu selepas sahaja  kerja naik taraf jalan Ansip-Dalit-Kahaba.

Antara punca banjir kilat ini ialah ketiadaan parit dan pembetung yang dipasang adalah kecil.

Ellron juga telah meminta jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) agar dapat melakukan kajian bagi mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkenaan,” katanya.

Advertisement