Anda di sini

Anting-anting berlian cecah AS$57.4j

Advertisement
 Model memperagakan Apollo Blue dan Artemis Pink pada anting-anting semasa prebiu lelongan Sotheby’s di Geneva baru-baru ini. — Gambar Reuters
MENGAGUMKAN: Model memperagakan Apollo Blue dan Artemis Pink pada anting-anting semasa prebiu lelongan Sotheby’s di Geneva baru-baru ini. — Gambar Reuters

GENEVA: Dua butir berlian menakjubkan yang ditatah pada anting-anting dijual dengan harga rekod AS$57.4 juta pada lelongan di Geneva, dan seorang pembeli tidak dinamakan dari Asia berjaya mendapatkan kedua-duanya, kata Sotheby’s.

Anting-anting itu dijual sebagai lot berasingan.

Selepas bidaan panjang, berlian jernih ‘Apollo Blue’ yang tiada cacat cela dijual dengan harga AS$42.087 juta (RM189.4 juta) manakala berlian ‘Artemis Pink’ yang bercahaya dijual dengan harga AS$15.33 juta (RM68.9 juta), termasuk premium pembeli.

Anting-anting itu yang dinamakan sempena dewa dewi Yunani, masing-masing dinilai antara AS$38 juta-AS$50 juta dan AS$12.5 juta-AS$18 juta.

Apollo Blue’ 14.54 karat berbentuk pir itu permata terbesar dalam kategorinya pernah dilelong.

Artemis Pink’ 16 karat juga berbentuk pir dan antara berlian paling tulen kimianya di dunia, menurut Institut Gemologi Amerika, yang menurut pakar memberikan batu itu kejernihan yang amat tinggi. — AFP

Advertisement