Anda di sini

TPM beri sumbangan peribadi kepada masjid

Advertisement
 Zahid (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pengerusi masjid.
TERIMA KASIH: Zahid (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pengerusi masjid.

BEAUFORT: Kira-kira 300 masjid dalam Parlimen Beaufort menerima sumbangan peribadi daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai persediaan menyambut Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sumbangan peribadi itu disampaikan sendiri oleh Ahmad Zahid kepada wakil setiap masjid dari tiga Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Beaufort iaitu Klias, Kuala Penyu dan Lumadan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Kampung Bingkul, di sini.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Limus Jury dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasneh.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Bingkul Alidad Fazal Elahi ketika ditemui selepas majlis itu berkata sumbangan itu amat bermakna bagi pihak masjid membuat persiapan menyambut Ramadan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada timbalan perdana menteri atas sumbangan berkenaan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 120 pelajar Madrasah Darul Sohabah Maulana Idnizam Jamal, Kampung Bingkul, turut menerima sumbangan peribadi daripada Ahmad Zahid.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut menjadi imam bagi memimpin solat Zohor di masjid itu.

Advertisement