Anda di sini

Banjir lumpur jejaskan tiga kampung

Advertisement
 Penduduk kampung bersama-sama menjalankan kerja pembersihan di kawasan yang terlibat banjir lumpur.
LUMPUR: Penduduk kampung bersama-sama menjalankan kerja pembersihan di kawasan yang terlibat banjir lumpur.

RANAU: Hujan lebat sejak tengah malam kelmarin menyebabkan tiga kampung di sini terjejas akibat banjir lumpur.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata kejadian terbabit mengakibatkan jalan raya di Kampung Lipasu dan Mohimboyon tidak dapat digunakan.

Terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai banjir lumpur di Kampung Kundasang Lama pada jam 2.10 pagi.

Bagaimanapun katanya, selepas membuat pemantauan di Kampung Kundasang Lama, pihaknya menerima dua lagi laporan banjir lumpur daripada penduduk di kedua-dua kampung terbabit.

Menurutnya selepas memantau keadaan di kedua-dua lokasi, pihaknya mendapati keadaan terkawal dan tiada bantuan mendesak diperlukan.

“Tiada pemindahan mangsa dibuat dan kerja pembersihan dijalankan di kawasan berkenaan bermula jam 12 tengah hari hingga 2.35 petang.

“Setakat jam 6.30 petang, APM masih menjalankan pemantauan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Dalam pada itu, pihaknya turut dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau membenarkan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Mohimboyon untuk bercuti ekoran daripada kejadian itu.

Advertisement