Anda di sini

Saintis jelita Columbia gondol tiara Miss USA

Advertisement
 McCullough diraikan rakan-rakan peserta yang lain sejurus dimahkotakan sebagai Miss USA 2017 di Las Vegas, Nevada kelmarin. — Gambar Reuters
MENANG: McCullough diraikan rakan-rakan peserta yang lain sejurus dimahkotakan sebagai Miss USA 2017 di Las Vegas, Nevada kelmarin. — Gambar Reuters

LAS VEGAS: Seorang saintis berusia 25 tahun yang mewakili daerah Columbia dinobatkan sebagai Miss USA 2017 kelmarin, tahun kedua berturut-turut di mana peserta dari bandar utama Amerika Syarikat (AS) memenangi pertandingan tahunan tersebut.

Kara McCullough, yang memiliki ijazah dalam bidang kimia dan bekerja untuk Suruhanjaya Pemantauan Nuklear AS (USNRC), menewaskan 50 peserta lain, termasuk pemenang tempat kedua Chhavi Verg yang mewakili New Jersey, untuk menjuarai pertandingan yang diadakan di Pusat Konvensyen Mandalay Bay di Las Vegas.

Ketika sesi soal jawab sebagai antara tiga peserta teratas, McCullough ditanya mengenai hak penjagaan kesihatan dan menjawab bahawa rawatan kesihatan mampu milik adalah kelebihan bagi mereka yang mempunyai pekerjaan.

Respons itu dikritik dalam media sosial seperti Twitter, namun ada juga pihak menyokong.

Twitter seperti zon perang,” menurut seorang pengguna merujuk kepada reaksi bantahan terhadap kenyataannya.

McCullough turut dikritik apabila menyatakan beliau tidak menganggap dirinya feminis, merujuk kepada kesamarataan, sebelum menambah “Wanita, kita sama sahaja dengan lelaki, terutama di tempat kerja.”

Finalis lain pertandingan tersebut, Meridith Gould, mewakili Minnesota.

McCullough akan bertanding sebagai wakil AS dalam pertandingan ratu cantik tahunan Miss Universe. — Reuters

Advertisement