Anda di sini

Baram dilanda banjir

Advertisement

Penduduk tinggal di kawasan rendah diingat sentiasa berwaspada.

 Keadaan sebuah rumah di Long Laput yang dimasuki air.
DIMASUKI AIR: Keadaan sebuah rumah di Long Laput yang dimasuki air.

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau mengingatkan penduduk kampung yang tinggal di kawasan rendah di kawasan Telang Usan dan Baram agar sentiasa berwaspada dengan banjir berikutan hujan lebat di hulu Baram.

Menurutnya, beliau menerima maklum balas daripada pihak berkaitan mengenai beberapa kawasan di Baram Tengah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Long Miri, Long Laput dan jalan menuju ke Long Bemang dilanda banjir manakala paras air sungai di Long Lama dilaporkan naik berikutan hujan lebat turun beberapa hari lalu.

Saya mahu penduduk di kawasan tersebut berhati-hati dan berwaspada dengan banjir kilat melanda kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Dennis, selepas menerima maklumat banjir kian serius di Long Lama, beliau menghubungi Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai untuk memantau keadaan dan mengeluarkan arahan berpindah sekiranya perlu.

Sehingga jam 7.45 semalam, paras air dilaporkan naik beberapa kaki di SK Long Miri manakala air turut memasuki rumah di Long Laput, Baram.

Saya ada menerima panggilan daripada penduduk Long Lama dan memaklumkan paras air kian naik dan menenggelamkan beberapa kawasan.

Bagaimanapun, saya belum menerima maklumat daripada agensi berkaitan,” katanya sambil menambah, akan memantau situasi itu dari Kuching kerana beliau masih menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung.

 Keadaan SK Long Miri, Baram yang dilanda banjir kilat kelmarin.
BANJIR KILAT: Keadaan SK Long Miri, Baram yang dilanda banjir kilat kelmarin.
  • oleh
  • Advertisement