Anda di sini

Misil terkini Utara mendarat lebih jauh

Advertisement
 Orang ramai menonton laporan berita mengenai ujian misil balistik Korea Utara di sebuah stesen kereta api di Seoul, semalam. — Gambar Reuters
BUAT LAGI: Orang ramai menonton laporan berita mengenai ujian misil balistik Korea Utara di sebuah stesen kereta api di Seoul, semalam. — Gambar Reuters

Trump menyeru sekatan lebih ketat, Beijing pula mahu semua pihak bertenang

SEOUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyeru sekatan lebih ketat ke atas Korea Utara sejurus ujian pelancaran misil balistik semalam dalam cubaan jelas untuk menguji presiden liberal baharu Selatan dan AS.

 “Biar provokasi terbaharu ini menjadi seruan kepada semua negara untuk melaksanakan sekatan lebih ketat ke atas Korea Utara,” menurut kenyataan Rumah Putih.

 Pasukan Pasifi k AS berkata, pelancaran semalam bukanlah misil balisitik antara benua (ICBM).

 Misil dilepaskan dari satu tapak dekat bandar barat laut Kusong.

 Ujian terdahulu di tapak sama Februari lalu menghantar misil sejauh 500 kilometer.

 Misil tersebut terbang lebih 700 kilometer sebelum mendarat di Laut Jepun atau Laut Timur.

 “Impaknya begitu hampir dengan kawasan Rusia dan presiden pasti Rusia tidak gembira,” menurut Rumah Putih sambil menambah, Korea Utara sudah terlalu lama menjadi gangguan.

 Kementerian pertahanan Rusia kemudian berkata misil itu mendarat kira-kira 500 kilometer dari sempadannya dan tidak menimbulkan sebarang ancaman.

 Penasihat keselamatan negara H.R. McMaster membincangkan situasi tersebut dengan rakan sejawatan dari Jepun dan Korea Selatan melalui telefon.

 China bagaimanapun menyeru semua pihak bertenang.

 “Semua pihak yang relevan harus bertenang dan berhati-hati untuk tidak memburukkan ketegangan di wilayah tersebut,” menurut kementerian luar.

 Sebelum ujian tersebut, Perbendaharaan AS berkata, ia mempertimbang semua cara untuk memotong sumber kewangan antarabangsa bagi aktiviti haram di Utara.

 Tr ump mengancam tindakan ketenteraan tetapi baru-baru ini menyatakan beliau berasa ‘terhormat’ untuk bertemu pemimpin Kim Jong-un di bawah syarat yang betul.

 Presiden baharu Korea Selatan Moon Jae-in, yang dilantik Rabu lalu, juga berpendirian mesra namun kali ini mengecam ujian sebagai provokasi sembarangan selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan penasihat keselamatan kebangsaan.

 Moon berkata, Seoul mengecam sekeras-kerasnya cabaran berbahaya terhadap keamanan dan keselamatan di semenanjung Korea dan komuniti antarabangsa, menurut jurucakapnya Yoon Young-chan.

 Moon memberi amaran semalam bahawa dialog hanya mungkin berlaku jika Utara mengubah sikapnya.

 Uta sendi r i sanggup berunding dengan AS jika syarat-syaratnya betul, menurut Choe Son-hui, pegawai kanan kementerian luar Utara, kelmarin.

 Ujian misil itu sememangnya memalukan Beijing, yang meng anjurkan s idang kemuncak antarabangsa semalam untuk mempromosi projek infrastruktur dagangan global Jalan Sutera.

 Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari China Xi Jinping membincangkan situasi Korea pada bahagian sampingan mesyuarat itu dan kedua-dua pihak meluahkan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan.

 Ujian terbaharu itu merupakan pelancaran pertama Utara selepas sistem pertahanan misil AS yang menimbulkan kontroversi dikerah di Selatan dan mulai beroperasi pada 2 Mei lalu.

 Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengecam ujian terbaharu itu sebagai tidak dapat diterima sama sekali dan ancaman besar ke atas Tokyo.

 — AFP

Advertisement