Anda di sini

Siasatan siap

Advertisement
Mazlan
Mazlan

  Kertas siasatan kes pengacara hina mendiang bapa Watson Nyambek sudah diserah kepada Peguam Negara: Mazlan

KUCHING: Tindakan melampau mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek mungkin menyebabkan individu terlibat dalam rancangan komedi ‘Sukan Tak Sentral’ berdepan tindakan undang-undang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor semalam mendedahkan, siasatan kes membabitkan bekas jaguh pecut negara itu telah lengkap.

Menurutnya, kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara berdasarkan laporan yang dibuat Watson di Balai Polis Miri pada April lalu.

Setakat ini, siasatan telah siap dan dikemukakan kepada Peguam Negara, Saya percaya pihak ketua hakim atau pendakwa raya sedang menilai semua bukti-bukti yang telah kita kemukakan.

Mereka (pendakwa raya) akan memberi keputusan dalam tempoh terdekat,” ujarnya ketika mengulas perkembangan kes penghinaan mendiang bapa Watson selepas menghadiri Program ‘Trim & Fit’ Mega PDRM di Tebingan Kuching, semalam.

__alt__

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tindakan boleh diambil mahkamah di Sarawak memandangkan laporan polis dibuat di negeri ini.

Apa pun kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” katanya sambil menambah, kertas siasatan telah dihantar kepada pihak pendakwa raya minggu lalu.

Pada 22 April lepas, rakyat Sarawak dikejutkan dengan tindakan pengacara rancangan komedi sebuah stesen televisyen swasta yang menghina mendiang bapa Watson.

Dalam rancangan itu, pengacaranya dilihat membuat aksi mempersendakan nama mendiang bapa Watson dengan menyamakannya seperti binatang.

Rakaman video program itu kemudian menjadi tular di media sosial serta mendapat perhatian dan kecaman meluas netizen.

Kecewa dengan kelakuan biadap itu, Watson tampil membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Selain itu, pengacara, penerbit serta kru penerbitan rancangan itu turut digantung tugas serta-merta, dan program berkenaan ditamatkan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh penerbit rancangan terbabit semasa mengadakan pertemuan dengan Watson di Hotel Grand Plaza, Miri.

  • oleh
  • Advertisement